PERUMAHAN ALFAFA : Ini Jawapan CEO Alfafa Kepada Pengusaha Mahligai Idaman Kerana Meminta Penjelasan Lanjut
Wan Syazwan sebelum ini merupakan usahawan IT yang terkemuka semasa zaman beliau masih belajar. Kemudian, beliau menghabiskan pelajaran dalam bidang Engineering di bawah tajaan Petronas di Universiti Petronas. Setelah habis kontrak, beliau bersama adiknya Wan Syamim telah bersama memajukan perniagaan pembinaan rumah di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Setakat hari ini, Mahligai Idaman merupakan nama yang menjadi sebutan umum dalam industri membina rumah terutama di sekitar Kelantan dan Pahang.
Ikuti perbincangan beliau dengan CEO Alfafa USTAZ NORSHAM ABD AZIZ yang meminta pihak ALFAFA memberikan penerangan yang jelas kepada orang awam berkenaan pakej dan cara kerja ALFAFA bagi mengelakkan kekeliruan dan persoalan yang tidak terjawab.
Bagi saya mudah sahaja, saya juga sebagai seorang pemain dalam bidang pembinaan, gambar gambar rumah klien sentiasa saya kemaskini dalam FB untuk memudahkan klien yang tinggal jauh melihat progress rumah mereka disamping menjadi testimoni pada bakal klien baru. Boleh rujuk di Portfolio Rumah Siap Dibina oleh Mahligai Idaman.
Kepercayaan dibina berdasarkan bukti, bukti bergambar lebih baik.
Bukti bergambar ini sentiasa dikemaskini berdasarkan progress. Malah saya sendiri pernah upload beberapa gambar geran tanah yang sedia dibangunkan banglo atas sebab mengiklankan lot lot banglo yang masih kosong yang sedia diterima tempahan.
Saya rasa Alfafa sudah tidak boleh mengharapkan semua orang datang ke pejabat semata mata kerana damage atau kesangsian orang ramai sudahpun viral.
Yang boleh dijemput, jemputlah. Tetapi Alfafa perlu juga menjawab dengan teknikal di laman FB. Staff Alfafa yang ramai saya rasa tidaklah mustahil diperuntukkan seorang sebagai jurucakap rasmi bagi menjawab persoalan di Fb dan kemaskini progress di FB mahupun web.
Jawapan yang menggunakan sentimen dengki orang melayu naik dan sebagainya tidak memadai kerana jawapan inilah jawapan yang sama yang digunakan oleh modus operandi skim skim cepat kaya. Oleh sebab itu, orang sangsi dengan alfafa.
Sebagai pemain dlm industri binaan, jujur cakap kami sebagai orang lama memerhati bagaimana sebuah syarikat yang pengalaman bina rumah tidak banyak boleh mewar warkan skim sebegini.
Sedangkan banyak kontraktor bina banglo murah jatuh muflis disebabkan tidak dapat menyiapkan rumah lantaran kos bahan binaan yang meningkat saban tahun dan Alfafa masih boleh Lock harga tempahan rumah untuk pembinaan yang hanya bermula hampir 3 tahun dari perjanjian ditandatangan.
Mari kita lihat perbandingan, kos simen pada tahun 2014 adalah sekitar rm16-17 satu beg. Tahun 2015 sudah mencecah 20-21 satu beg. Katalah sebuah rumah menggunakan anggaran 1000-2000 beg, kenaikan kos bagi simen sahaja sudah mencecah RM 3,000-6000. Itu baru simen.
Dengan kadar ringgit semakin lemah, dijangka bahan binaan yang diimport akan bertambah mahal. Jadi bagaimana harga boleh di Lock 3 tahun ke depan dlm keadaan pasaran yang tidak diketahui.
Kalaupun jawapannya alfafa membeli tanah ekar dan dipecahkan dan dijual beberapa lot lain bagi menampung kos bina rumah…kenaika
Damage is done. Jawapan berunsurkan dengki itu sudah tidak memadai.
Baca Lanjut : PERUMAHAN ALFAFA : Apa Yang Perlu Anda Tahu?
Saya harap Alfafa faham apa yang orang ramai inginkan. Bukan semua orang boleh ke pejabat Alfafa..dan disebabkan damage is done la, Alfafa perlu tampil jawab di FB.
Jangan gunakan pula alasan tidak perlu war war pada orang yang tidak minat sebab mereka akan tetap blame Alfafa itu kurang tepat. Apabila Alfafa dapat menjawab seperti senarai tanah (secara detail beserta no lot, mukim) yang dimiliki alfafa, status tanah tersebut, bilangan peserta yang akan mendapat rumah menjelang 2016, progress mula kerja, tukang mana nak guna, spesifikasi rumah dengan lebih detail: maka secara tidak langsung ia boleh menutup kesangsian orang ramai.
Kredibiliti Alfafa akan lebih meningkat dengan kaedah ini. Percayalah kerana saya mengalaminya dan itulah cara menutup cakap cakap negatif.
Seperkara lagi, bagaimana Alfafa boleh menjamin batch pertama dapat siap menjelang Mac 2016.
Masa kini tinggal 7 bulan lagi. Mengikut pengalaman kami, untuk menyiapkan sebuah banglo dengan finishing sekali, setidak tidaknya ia memakan masa 8-10 bulan paling cepat. (Ini tidak termasuk dengan pemberhentian kerja disebabkan musim hujan – monsun, pembinaan perlahan dibulan puasa, pembaikian atas kecacatan pertukangan, stok bahan binaan terputus, masalah perangai tukang dan seribu satu macam masalah dlm pembinaan).
Ditambah konsep ini dibuat diserata Malaysia, masalah utama adalah jarak lokasi binaan yang jauh antara satu kawasan ke kawasan lain. Monitoring pembinaan akan menjadi sukar.
Mencari tukang rumah yang sesuai juga sukar kerana ia bertaburan di merata tempat.
Jujur saya beritahu berdasar pengalaman, masa sudah tidak menyebelahi Alfafa.
Saya tidak kritik Ustaz tetapi saya ingin membantu Ustaz memulihkan imej Alfafa.
Jawapan teknikal adalah jawapan didahagakan semua pihak bukan sekadar jawapan yang menyebut niat orang lain jahat dan dengki.
Jangan salah faham soal kongsi rahsia. Dalam bidang pembinaan, tiada apa yang rahsia.
Semua orang beli simen dengan harga yang sama. Semua orang dlm industri binaan tahu cara dan kaedah beli tanah lot banglo, jual sebahagian dan gunakan duit itu bina banglo utk klien.
Saya sendiri tidak menafikan kaedah ini boleh digunapakai tetapi realiti semasa dgn teori atas kerta berbeza.
Dengan bilangan pembeli 1,500 orang di merata Malaysia, ia adalah jumlah yang sangat besar dan sukar nak dilaksana dlm realiti.
Jangan salah faham, saya tidak suruh beritahu kos beli tanah dan kos bina rumah yang adalah privasi syarikat Alfafa.
Seperkara lagi, iklan harga rumah adalah sama untuk semua negeri.
Sebenarnya kos bina rumah tidak sama dari setiap tempat ke tempat lain. Sebagai contoh, upah tukang rumah berlainan. Kalau di Selangor tukang struktur dan plaster mungkin ambil sekitar rm25 sekaki persegi ke atas sedangkan di Kelantan upah mungkin baru sekitar rm20 sekaki.
Harga pasir & tanah juga berbeza kerana ia bergantung pada jarak lokasi sumber pasir.
Sebagai contoh di Terengganu terutama di kawasan Kemaman, Paka, Dungun hampir semuanya mahal disebabkan adanya faktor industry downstream Petronas.
Jadi, kos di situ tidak boleh dipukul rata dengan semua tempat lain.
Cabaran utama yang lain adalah syarat undang undang. Sebagai contoh jika Alfafa pecah lot tanah di Kelantan dan jual sebahagiannnya utk membina rumah klien, Alfafa terikat untuk menjual hanya pada orang Kelantan sahaja.
Orang luar Kelantan yang mungkin bekerja di Kelantan terpaksa memohon kelulusan Exco yang memakan masa 6-8 bulan. Disitu Alfafa mungkin sudah terpaksa mengecilkan skop pembeli dan juga terpaksa menunggu hingga kelulusan Exco lulus. Sedangkan masa perjanjian berjalan. Itulah risiko ya.
Dan bina rumah bukan sekadar kos bina rumah. alfafa perlu ambil kira kos pembaikian disebabkan kecacatan pertukangan.
Malah tidak kurang juga sesetengah kawasan itu memerlukan tambun tanah yang banyak.Rumah yang jauh dari tiang elektrik terdekat memerlukan kos tambahan untuk menambah tiang api.
Sama hal juga jika sambungan paip air kerajaan jauh dari kawasan rumah yang dibina. Banyak hidden kos terlibat.
Sesetengah Majlis Daerah pula mewajibkan rumah dibina akses jalan tar dan longkang besar sebagai syarat mendapatkan CF. Jadi ia menambah kos lagi. Saya tidak pasti jika Alfafa buat rumah dengan kelulusan majlis daerah ataupun tidak tetapi itulah syaratnya. Kalau tiada kelulusan majlis daerah maka tiada CF.
Tiada CF maksudnya pembeli tidak dapat mengambil insurans kebakaran bagi melindungi kediaman mereka. Dan pembinaan jika tiada kelulusan Majlis daerah akan menghadapi risiko disita dan denda.
Di kawasan yang tanah ekarnya banyak, jumlah pecah lot melebihi 4 lot ke atas, Alfafa mungkin berdepan dengan risiko TNB tidak memberikan sambungan elektrik selagi pencawang elektrik tidak dibina. Biasanya TNB akan meletak reserve satu lot untuk pencawang apabila pecah lot, ini bermaksud kos pencawang perlu ditanggung kontraktor/ pemaju.
Kos pencawang yang kecil pun sudah melebihi RM100k.
Jadi dengan segala risiko yang sebutkan di atas, ia boleh berlaku kerana setiap kawasan mempunyai demografi berlainan. Jadi dengan harga yang sama diiklankan di setiap negeri ianya memeranjatkan kami dibidang binaan.
Bukan kata saya tidak mahu lihat orang Melayu mendapat rumah pada harga yang rendah/murah tetapi realiti semasa tidaklah seiindah dan semudah itu.
Saya khuatir ia tidak dapat direalisasikan sepenuhnya dan yang mendapat nama buruk adalah Ustaz sendiri. Cita cita besar tiada masalah tetapi perlu dibuat dengan logik keadaaan dan kos semasa.
Jgn salah anggap tujuan saya menerangkan risiko untuk menjatuhkan…s
Yang kos kecil tu tidak mengapa mungkin tidak memberi kesan, yang besar seperti tebuk jalan untuk penyambungan paip air, penurapan jalan tar dan longkang (jika syarat majlis menyebut item ini wajib dibuat) itu yang boleh beri kesan pd harga rumah yang dibina.
Sebagai contoh kos pencawang yang melebihi rm100k (pecah lot byk dlm 1 kawasan), kalau tiada perancangan memperuntukkan sejumlah wang ini ketika proses pecah lot, TNb boleh menghalang kemasukan elektrik.
Lagi sekali sy mohon jgn anggap isu yg saya bawakan ini utk menghancurkan perniagaan Alfafa ttp isu ini perlu dijelaskan pihak pengurusan dgn ckp ckp negatif org diluar. Tidakkah elok kalau dibersihkan dgn jawapan yang transparent pihak pengurusan di Fb.
Saya tegaskan sekali Iagi, ia bkn rahsia tuan besar tuan, dalam skop yang kecil mungkin kaedah ini boleh dilaksana ttp apabila ia melibatkan skop terlalu besar (pembeli 1500 org) dgn keluasan demografi pembeli serata Malaysia, apakah jaminan kualiti dan deliverable itu terlaksana.
Untuk mencari orang monitor ditapak binaan iaitu org yang mahir dlm pembinaan serata pelusuk Malaysia adalah memerlukan usaha yang sangat sangat kuat. Ia tidak senang.
Jika Alfafa boleh lakukannya, saya ucapkan tahniah. Selamat maju jaya.
Jawapan Dari CEO ALFAFA
Ustaz Norsham Abd Aziz
ALFAFA BUAT BISNIS , BUKAN MAKAN GAJI…MACAM PENSYARAH , MACAM WARTAWAN…NAK TULIS NI PUN BERJAM JAM…PANJANG LEBAR PULA TU…NAK BACA…? AGAK AGAK ORANG MELAYU NI SUKA BACA KE…MAJALAH GILA GILA SUKALAH BACA…MAJALAH HIBURAN…NAK BELI RUMAH..CUKUP KE KAT FB NI…NAK BERBINCANG PUN CUKUP MASA KE DI FB NI…TETAPI KALAU BELI RUMAH DENGAN CINA RAJIN PULA DATANG OPIS MEREKA.. INI SEORANG LAGI BINGUNG…WAN SYAZWAN…CADANGAN AWAK TU TAK PRAKTIKAL…AWAK KALAU NAK JADI ORANG TENGAH,,AWAK SENDIRI KENA DATANG DENGAR TAKLIMAT DAN BUKTI BUKTI…BARULAH AWAK BOLEH JADI HERO KAT FB NI…
Baca Lanjut : PERUMAHAN ALFAFA : Apa Yang Perlu Anda Tahu?
Baca Lanjut : VIDEO : Taklimat Penerangan Perumahan Alfafa
Baca juga : KOS BINA RUMAH SENDIRI SEMAKIN MAHAL : Ini Penjelasan Dari Kontraktor Tersohor, Mahligai Idaman