Kegemilangan dan Kejatuhan 10 Negara Beraja Dalam Sejarah Dunia


Sejarah menyaksikan kegemilangan dan kejatuhan banyak empayar dan negara beraja yang berkuasa suatu ketika dahulu.

Disebabkan pelbagai faktor, banyak kepimpinan negara telah tumpas dan sekaligus menghapuskan sistem pemerintahan diraja yang menjadi pucuk kepimpinan negara.

Jom kita semak 10 negara yang dahulunya beraja namun akhirnya tumpas di bawah kuasa lain.

Kegemilangan dan Kejatuhan 10 Negara Beraja

 1. Perancis

Perancis mula menjadi negara terkuat di Eropah selepas Perang Tiga Puluh Tahun (1618-1648). Perancis menunjukkan kehebatan dalam pelbagai bidang termasuk budaya, politik dan kuasa tentera pada abad ke-17 semasa pemerintahan Raja Louis XIV (1643-1715).

Namun, kegemilangan Perancis mula malap apabila Louis XVI mengambil alih takhta pada tahun 1774. Perancis mula mengalami masalah ekonomi dan kekurangan makanan sehingga mencetuskan pemberontakan besar-besaran yang berlaku iaitu Revolusi Perancis pada 1789.

Ini menyebabkan sistem pemerintahan beraja dimansuhkan. Raja Louise XVI dan isterinya Marie Antionette kemudiannya dipenjara dan akhirnya dihukum mati.

perancis pernah jadi negara beraja suatu ketika dahulu

2. Korea

Korea mencapai keunggulan ketika berada di bawah pemerintahan Sejong the Great, monarki keempat di Korea. Kegemilangan Korea menyaksikan ciptaan mesin pencetakan pada tahun 1234.

Ini sekaligus menjadi penggerak bagi negara ini untuk giat menerbitkan buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang antaranya bidang perubatan, astronomi, geografi, sejarah dan pertanian. Pemerintahan Sejong the Great turut menyaksikan penciptaan bahasa Hangul yang digunakan oleh masyarakat Korea pada hari ini.

Pada tahun 1897, Maharaja Gojong dari dinasti Joseon mengisytiharkan Empayar Korea. Sunjong, anak Gojong mengambil alih takhta namun empayar ini jatuh apabila Jepun datang menyerang pada 1910.

Sunjong hilang kuasanya dan beliau bersama isterinya menghabiskan seumur hidup terkurung dalam istana.

negara beraja korea tumpas di tangan jepun

3. Iran

Reza Pahlavi merupakan pemimpin yang cukup disegani pada tahun 1925. Beliau bertanggungjawab dalam menstabilkan Iran pada 1925 selepas dijajah oleh Rusia dan Turki.

Anaknya, Mohammad Reza Pahlavi mengambil alih pada 1941 dan telah memberi lembar baharu kepada negara ini. Pemerintahan Mohammad Reza menunjukkan banyak kemajuan dan hak sama rata seperti peluang mengundi untuk wanita serta memberi hak kepada petani. Mohammad Reza turut memperkasa tahap pendidikan dalam negara serta menaikkan industri gas semula jadi.

Ekonomi yang berkembang serta pemodenan infrastruktur pesat menjadikan Iran sebagai negara yang menuju kemajuan. Namun, keadaan ini tidak bertahan lama. Masyarakat Iran mula berubah dari tradisional, konservatif kepada masyarakat dengan pemikiran moden.

Sama ada akibat rasuah atau ketidakcekapan mentadbir, kerajaan Iran pada ketika itu telah gagal mengotakan janji kepada rakyat.

Ini mencetuskan Revolusi Iran pada tahun 1979. Mohammad Reza serta keluarganya disingkirkan dan habiskan sisa hidup mereka di Mesir.

Ayatollah Khomeini mengambil alih pemerintahan Iran dan menjadikan negara tersebut sebagai Republik Islam secara rasmi.

ayatollah mengubah negara beraja iran kepada negara republik

4. Turki

kegemilangan Turki sebagai negara beraja yang mahsyur suatu ketika dahulu tidak perlu diperkenalkan lagi. Kerajaan Uthmaniyah merupakan kuasa terbesar di Eropah yang mengawal beberapa negara seperti Bulgaria, Yugoslavia, Romania dan Itali.

Era terunggul Uthmaniyah boleh dilihat sekitar tahun 1481 hingga 1566. Ketika itu, mereka membentuk ekonomi, mencipta Bahasa Turki dan memperkenalkan tradisi Muslim. Uthmaniyah muncul sebagai negara yang terkaya di dunia pada abad ke-16 dengan mengawal laluan perdagangan antara Eropah dan Asia.

Zaman kegemilangan Turki yang berada di bawah pemerintahan Suleyman I ketika itu turut dikenali sebagai golden age. Raja terakhir Turki adalah Mehmed VI.

turki uthmaniyah pernah menjadi negar beraja yang unggul

Apabila Turki ditumpaskan pada Perang Dunia Pertama, kebanyakan wilayah mereka dibahagikan antara Britain, Perancis, Greece dan Rusia dalam Perjanjian Lausanne.

Ini sekaligus mengakhiri legasi kerajaan Uthmaniyah pada 1922 dan mengisytiharkan Turki sebagai republik pada tahun 1923. Kejatuhan Turki menyebabkan Mehmed VI lari meninggalkan negaranya pada tahun 1922.

5. Rusia

Empayar Rusia pernah mencapai jajahan seluas 9 juta kaki persegi pada tahun 1897 yang merangkumi Eropah, Asia, Amerika, China, Mongolia dan Parsi.

Rusia muncul sebagai negara beraja yang hebat dalam bidang seni dan budaya dari 1762 hingga 1894. Mereka juga membebaskan petani dari perhambaan dan membina universiti.

Pada tahun 1884, Czar Nicholas II memerintah Rusia dan terpaksa turun takhta akibat protes di Petrograd (sekarang St. Petersburg).

Revolusi ini dikenali sebagai Revolusi Februari dan telah menamatkan 300 tahun pemerintahan dinasti Romanov di Rusia.

Nicholas bersama keluarganya dikurung dan akhirnya dibunuh oleh pasukan Bolshevik pada tahun 1918.

negara beraja melihatkan pemerintahan nicholas ii sebagai raja terakhir

6. Jerman

Prussia memiliki lebih 100,000 kaki persegi di Jerman pada tahun 1914 selepas memenangi perang menentang Denmark, Habsburgs dan Perancis.

Kuasa dominan yang dimiliki negara beraja Prussia mencetuskan perlaksanakan undang-undang di samping mewajibkan pendidikan. Akibat monarki terlibat dalam Empayar Jerman, Prussia mula hancur apabila konflik berlaku antara Prussia dan Politik Empayar.

Kaiser Wilhelm II, cucu Permaisuri Victoria, merupakan Maharaja Jerman dan Raja Prussia yang terakhir. Wilhelm terkenal dengan perangai teruknya sehingga menyebabkan penurunan takhtanya pada 1918.

Ini membuatkan beliau dibuang negara dan tinggal di Belanda seumur hidupnya. Prussia juga kini lenyap dari peta dunia kesan daripada gerakan Nazi oleh Hitler suatu ketika dahulu.

negara beraja jerman tumpas bersama kewujudan prussia

7. China

China cukup terkenal sebagai negara yang berinovasi dan mencetus beberapa penciptaan yang mengubah dunia seperti sutera, dakwat, kalendar, syiling dan kompas.

Negara tersebut telah membina The Great Wall of China ketika Dinasti Ming.

Kemudian, Dinasti Qing pula membina empayar terbesar di dunia. Namun empayar ini jatuh apabila diserang oleh banyak kuasa besar seperti British, Perancis, Rusia, Jerman dan Jepun.

Puyi dari Dinasti Qing dan Maharaja Xuantong mengambil takhta pada umur 2 tahun dan terpaksa turun pada tahun 1912 semasa Revolusi Xinhai. Ini sekaligus menjadi titik akhir China sebagai negara beraja.

Pada tahun 1945, Puyi lari dari kapital dan ditangkap oleh Kesatuan Soviet.

Beliau dihantar semula ke China dan dipenjara selama 10 tahun. Setelah dibebaskan, beliau menjadi tukang kebun untuk istana.

negara beraja china berakhir selepas kejatuhan puyi

8. Indonesia

Pulau-pulau Jawa mula diduduki oleh manusia sejak 1.7 juta tahun lepas. Agama Hindu merupakan agama terawal yang menapak di sana pada abad ke-5, diikuti dengan Buddha pada abad ke-7 dan Islam pada abad ke-13.

Pulau Jawa telah menyaksikan beberapa kegemilangan kerajaan beraja seperti Majapahit, Aceh dan Yogyakarta.

Namun, kerajaan terkenal ini mula jatuh apabila Belanda menjajah. Kerajaan purba yang masih berdiri sehingga ke hari ni adalah Yogyakarta yang kini menjadi zon istimewa tetapi tiada kuasa pemerintahan.

kerajaan pahit pernah menjadi salah satu kuasa diraja di negara beraja puau jawa

9. Itali

Pada abad ke-13, Itali membentuk sistem bank, insuran dan pembangunan kerajaan. Napoleon Bonaparte merupakan pemerintah terkenal di Itali dan cukup terkenal sebagai penguasa yang berjaya menjajah Semenanjung Itali dalam masa 1 tahun.

Victor Emmanuel III, raja terakhir yang sangat berkontroversi, bertakhta dari 1900 hingga 1946. Pada zaman pemerintahannya, beliau membiarkan penyebaran ideologi fasisme dan membenarkan penyeksaan orang Yahudi.

Selepas Itali mengundi untuk menjadi negara republik pada tahun 1946, Victor melarikan diri dan menetap di Alexadria di Mesir sehingga meninggal dunia pada tahun 1947.

10. India

Terdapat banyak kerajaan lama yang berkuasa di seluruh benua India untuk lebih 5,000 tahun. Antara kerajaan lampau yang terkenal adalah kerajaan Chola di Tamil Nadu (300an BCE hingga 1279 CE), kerajaan Maratha di Penara Deccan (1674-1818), kerajaan Rajput dan lain-lain.

Kerajaan Islam pula muncul di India dari kurun ke-9 antaranya kerajaan Delhi (1206-1526) dan yang paling terunggul kerajaan Moghul (1526-1857).

india pernah menjadi negara beraja di bawah pemerintahan empayar moghul

Namun, pemerintahan negara beraja ini goyah apabila  Portugis tiba di Goa pada 1510, diikuti kuasa besar lain iaitu Perancis, Belanda dan British.

Selepas beberapa siri peperangan antara kuasa-kuasa barat, British muncul sebagai kuasa terbesar. Pengaruh kerajaan Moghul semakin lemah sehingga pemerintah terakhinya dipaksa buang negeri ke Rangoon di Burma selepas Revolusi Sepoi 1857.

Kebanyakan raja dan sultan di seluruh India masih memiliki takhta di bawah naugan British di kawasan-kawasan terhad, termasuk Raja Kashmir dan Nizam Hyderabad. Difahamkan 1/3 dari India masih ada raja dan sultan apabila mereka merdeka pada 1947.

Namun kerajaan Republik India dengan pantas melucutkan kuasa semua raja-raja dan sultan-sultan yang masih ada. Mereka masih boleh tinggal di istana lama tetapi tidak memegang sebarang kuasa politik.

Tidak kiralah besar mana sekalipun sesebuah empayar itu, kedudukannya negara beraja sentiasa terancam dan sering dicemburui oleh banyak pihak terutamanya kuasa-kuasa besar.

Sejarah lampau yang sarat dengan kisah jatuh bangun pucuk pemerintahan yang gemilang merupakan pengajaran yang penting untuk generasi baru memelihara kedaulatan negara. Semoga perkongsian ini dapat menguatkan lagi semangat kita dalam memelihara kedaulatan negara.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat