Baru Dibuka Tapi Tempahan Masuk Bulan Ni Dah Penuh ! Ini Sebab Mengapa Borneo Cultural Museum Wajib Dikunjungi
Pada zaman moden ini, memang tidak dinafikan agak sukar untuk tarik perhatian pengunjung ke muzium.
Tambahan pula, orang ramai pasti mengelak untuk belajar mengenai sejarah kerana dianggap membosankan.
Namun, ia pasti tidak akan berlaku di Borneo Cultural Museum. Ia bukan sahaja kaya dengan lebih 1,000 artifak serta peninggalan sejarah yang unik, malah ia juga padat dengan pelbagai kemudahan interaktif yang serba canggih melalui penggunaan touch screen, motion sensor, VR dan sebagainya.
Dirasmikan pada 4 Mac 2022, Borneo Cultural Museum muncul sebagai muzium terbesar di Malaysia. Muzium lima tingkat ini juga dinobatkan sebagai kompleks muzium kedua terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 30,000 kaki persegi.
Kenapa Borneo Cultural Museum Wajib Dikunjungi ?
Penggunaan Animasi Canggih
Meskipun muzium ini dilengkapi dengan teknologi serba canggih, namun ia tidak melupuskan nilai estetika tempatan yang serba indah.
Antara pameran yang mendapat perhatian pengunjung ialah animasi cerita legenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yang menggunakan seni wayang kulit. Pengunaan animasi serta kesan bunyi dalam pertunjukan cerita rakyat popular ini dilihat cukup memberangsangkan!
Ukiran Dinding Gua Bercahaya
Tarikan lain yang mempesonakan pengunjung ialah Painted Cave. Ia merupakan satu lagi ruang interaktif yang membawa pengunjung ke suasana di dalam gua. Apabila pengunjung sentuh ukiran gambar pada dinding gua atau petroglyph, imej tersebut akan bercahaya dan pamerkan penjelasan mengenai ukiran tersebut. Menarik, bukan ?
Pengembaraan Virtual di Borneo Cultural Museum
Pengunjung juga berpeluang untuk mengembara ke kawasan utara Sarawak dan belajar proses pembuatan garam serta semaian padi secara virtual !
Tidak hanya itu, terdapat satu lagi ruang virtual yang pasti memukau pengunjung iaitu Virtual Boat Ride. Ruang ini menggunakan teknologi projektor 360 darjah untuk menukar bilik pameran kepada sungai. Kanak-kanak pasti sukakan pengalaman menaiki bot secara virtual !
Penceritaan Sejarah Dengan Gaya Moden
Biasanya orang akan skip membaca penerangan sejarah di muzium kerana membosankan. Namun, rasa bosan tidak akan timbul dengan penggunaan animasi dan motion sensor yang cukup menarik. Confirm tak boring !
Burung ‘Berkicau’ Bila Pengunjung Datang Dekat !
Berbanding dengan muzium lain yang hanya menyajikan haiwan taxidermy di dalam kaca, burung-burung yang terdapat di Muzium Kebudayaan Borneo juga akan ‘berkicau’ untuk pengunjung bila dihampiri!
Pengunjung Boleh Bau Hasil Hutan Sarawak !
Tahukah anda Orang Ulu di Sarawak akan tukarkan pelbagai hasil hutan untuk dapatkan seramik dan manik pada zaman dahulu ? Di Borneo Cultural Museum, anda juga berpeluang untuk bau sendiri pelbagai hasil hutan yang asli.
Live Tattoo Studio
Sarawak juga dikenali dengan pelbagai rekaan tatu eksotik mengikut kaum masing-masing. Kalau nak tahu bagaimana rupa anda jika dihias dengan tatu tradisional, anda boleh pergi ke laman Live Tattoo Studio yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) .
Kanak-Kanak Takkan Bosan
Muzium ini juga sesuai untuk dikunjungi kanak-kanak dengan adanya pelbagai permainan interaktif untuk dicuba. Bukan sahaja permainan fizikal, malah Borneo Cultural Museum juga menyajikan banyak game interaktif dengan penggunaan motion sensor dan projektor berteknologi tinggi.
Antara permainan kanak-kanak yang mendapat perhatian di sini adalah permainan kumpul manik melalui projektor interaktif di lantai. Memang cukup menarik !
Bagi yang berpeluang untuk ke Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk ke Borneo Cultural Museum.
Sebut sahaja apa yang terlintas di fikiran mengenai Sarawak, hampir semua khazanah negeri Bumi Kenyalang ditempatkan di sini.
Antaranya ialah khazanah arkeologi dari Gua Niah, bot perang Kaum Iban yang berusia lebih dari 100 tahun, tengkorak purba dan pelbagai topeng muka yang eksotik.
Muzium ini menawarkan kemasukan percuma untuk tiga bulan pertama namun tempahan masuk dikhabarkan sudah pun penuh untuk bulan ini !
Muzium ini juga menjadi bukti gabungan konsep moden dan tradisional yang menarik mampu menambahkan nilai pada kekayaan sejarah negara.
Dengan adanya muzium interaktif berteknologi tinggi sebegini, ia pasti dapat mengubah perspektif orang ramai yang sering menganggap Sejarah adalah membosankan !
Sumber : Twitter