Anda Akan Berdepan Beberapa Situasi Dalam Sepanjang Tempoh Bertunang

Sumber Rujukan : Mohd Hariff Hassan

Post ini untuk bakal pengantin yang dalam tempoh pertunangan atau masa bertunang. Anda akan merasainya selepas beberapa minggu bertunang sebelum berkahwin. Terutama yang tidak pernah kenal sebelum bertunang.

Sepanjang tempoh bertunang anda akan berdepan dengan beberapa situasi. Syaitan akan cuba manipulasi mana-mana saja situasi tersebut.

Anda teringat kepada tunang, keinginan untuk berhubung sangat tinggi, berbincang mengenai majlis dan masa depan selepas berkahwin. Anada akan rasa ingin berjumpa, melihat wajah atau kelibatnya.

Jika anda mengikut keinginan-keinginan tersebut, anda akan terdedah dengan risiko melakukan maksiat. Jika berlaku maksiat kemudian anda berkahwin, anda telah membuka pintu kerosakan dalam perkahwinan anda. Mengambil masa yang lama untuk memperbaikinya. Malah ada kerosakan yang tidak dapat diperbaiki.

Jika anda mengurung niat untuk berhubung dan berbincang, anda berisiko memutuskan pertunangan. Anda dianggap tidak serius dalam meneruskan perhubungan hingga ke alam perkahwinan.

Apakah penyelesaiannya?

  1. Pendekkan tempoh pertunangan. Awalkan perkahwinan, lewatkan majlis.
  2. Jika tak mampu awalkan, perbanyakkan puasa. Berhubunglah melalui orang tengah (ibu bapa dsb) atau group whataap yang ada orang tengah di dalamnya. Bincanglah perkara2 teknikal sahaja. Elakkan perbincangan emosi, perasaan dan bermesra-mesra.

Ada kes yang dah berlaku perbincangan hati dan perasaan di dalam group whatapp pun masih tak jadi kahwin.

Rasionallah dalam membina perkahwinan. Tapi isilah perkahwinan dengan penuh perasaan cinta sayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat