Gereja banyak bantu orang fakir miskin, tapi kenapa masjid tidak?
Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.
Sedekah atau sadaqah berasal dari perkataan Arab (صدقة) yang bermaksud benar. Dari segi syarak pula, sedekah adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan secara sukarela dan ikhlas tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Maka apabila merujuk keimanan mahu pun keyakinan janji kepada Allah سبحانه وتعالى, sudah tentu ia perlu kepada pembuktian iaitu mengeluarkan harta di jalan Allah سبحانه وتعالى. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, saudara mara atau pun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
Tapi kebelakangan ini, ada segelintir pihak yang telah menyuarakan pendapat tentang dua agama yang berbeza dalam faktor sedekah. Semua jenis agama mengajar kita untuk menolong atau membantu orang yang dalam kesusahan, berkongsi kenikmatan yang diberi Tuhan. Ikuti penulisan ringkas daripada Muhammad Yusof, dalam laman sosialnya tentang hal ini.
Pendek je aku nak tulis. So, hadam benda ni elok-elok.
Aku paling tak boleh terima bila netizen kata kenapa gereja banyak bantu orang fakir miskin, kenapa masjid tak?
Gereja mana yang banyak sangat bagi duit kat orang susah ni sebenarnya? Aku nak tau jugak.
Padahal baru je bulan Ramadan hari tu, punyalah banyak masjid anjur majlis berbuka, moreh, bersahur free. Makan pun bukan biasa-biasa, sedap-sedap pulak tu. Tapi takde pulak orang nak viralkan kata masjid bantu orang susah. Tapi bila baca kat majalah mana entah kata gereja dok bantu orang susah, terus viralkan kata gereja suka bantu orang Islam, masjid tak.
Aku tengok pak imam tempat aku ni punyalah susah payah tanya sape-sape yang susah kat tempat aku. Naik kereta sana sini agih beras, bagi keperluan dapur pada orang susah. So, kalau ko tau ada keluarga susah kat tempat ko, bagitaulah AJK masjid, InsyaAllah ada tindakan susulan dari depa.
Lepas tu banyak je masjid yang dah start buat sudut asnaf bagi keperluan free kepada yang memerlukan. Bagi beras, bagi roti, bagi sardin, bagi macam-macam. Yang betul-betul terdesak boleh ambil. Free je. Ada masjid yang buat free-food dan free-drink setiap jumaat. Ada yang buat makan-makan lepas majlis tahlil setiap minggu. Ada yang buat jamuan makan nasik sedap-sedap setiap kali ada program di masjid.
Hangpa yang dok salahkan institusi masjid ni tak pernah pi masjid ke sampai tak tau benda-benda simple ginih?
Yang aku pelikkan, kenapa bila berlaku je kes kecurian tabung masjid mesti netizen nak salahkan masjid. Kenapa masjid tak bagi sumbangan la, masjid kedekut la, AJK masjid songlap duit la. Kenapa ya? Semacam ada satu gerakan halus yang nak pi pelingkup institusi masjid, pusat zakat, majlis agama walaupun banyak je kebaikan yang depa dah laksanakan tanpa publisiti.
Lepas tu pencuri yang dibelasah tu jadi macam ‘wira’ pulak. Padahal aku tengok mamat yang curik duit masjid ni sihat walafiat je. Kalau dah terdesak sangat apa salahnya pegilah jumpa pak imam, takkan pak imam tak boleh nak bantu apa yang patut, kan?
Kalau dah kita pun tak pernah pi masjid, lepas tu pi masjid pulak pi rembat tabung masjid. Maunya orang tak marah?