Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri 2018


Bagi Lelaki yang ingin mendirikan masjid pada tahun 2018 sudahkah anda memahami apa itu Mas Kahwin ataupun Mahar? Mari kita bersama-sama memahami sedikit sebanyak apa itu mas kawin atau mahar

Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu berlangsungnya pernikahan .Mas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggungjawab suami ke atas isteri.

Adakah nilai mahar di setiap negeri tahun 2018 adalah berbeza?. Jawapan ya, di bawah adalah nilai mahar mengikut negeri sebagai panduan dan persedian awal bagi mereka yang ingin membina masjid pada tahun 2018. Yang sedikit sebanyak membantu anda untuk persedian pernikahan untuk tahun 2018.

Negeri Nilai Bujang RM Nilai Janda RM
Johor 22.50 22.50
Kelantan Tiada ketetapan Tiada ketetapan
Kedah Tiada ketetapan Tiada ketetapan
Kuala Lumpur 80.00 40.00
Labuan 80.00 80.00
Melaka 100.00 100.00
Negeri Sembilan 24.00 12.00
Pahang 22.50 22.50
Perak 101.00 101.00
Perlis Tiada ketetapan Tiada ketetapan
Pulau Pinang 24.00 24.00
Sabah 100.00 80.00
Sarawak 120.00 120.00
Selangor 300.00 300.00
Terengganu Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Indahnya Islam, maharnya sungguh mudah bagi yang nak mendirikan rumah tangga. Yang menyusahkan ialah bakal mertua yang kedekut tak mahu keluar duit sendiri buat kenduri anak, mengharapkan daripada hasil peras ugut hantaran yang mahal dari pihak lelaki. Minta dijauhkan sikap begini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat