Upah Beli Kieda Crepe RM50 Buat Ramai Tak Puas Hati, Wanita Ini Jelaskan Sebabnya 


Zaman sekarang pelbagai macam perkara yang boleh dijual. Pelbagai macam benda yang ada nilainya dan bermacam-macam benda yang boleh menghasilkan wang. Sekali viral je, terus mendapat sambutan yang hangat.

Namun begitu, bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Ianya bukan datang bergolek. Perlu ada usaha dan pengorbanan yang cukup luar biasa barulah boleh berjaya. Dek kerana ingin berjaya, pelbagai usaha yang tak terjangkau dek akal yang diusahakan oleh sesetengah individu.

Ada yang sanggup dan gigih beratur panjang bagi membeli makanan yang viral ataupun makanan untuk orang lain demi mendapatkan wang. Pastinya jumlah yang dikenakan oleh mereka ini berbaloi dengan apa yang mereka usahakan dan buat.

Upah Beli Kieda Crepe RM50 Buat Ramai Tak Puas Hati, Wanita Ini Jelaskan Sebabnya

Namun begitu, masih ramai yang tidak berpuas hati apabila ada seorang wanita yang telah mengambil upah sebanyak RM50 bagi membeli Kieda Crepe. Kita pun sedia maklum bahawa untuk membeli makanan di Vendor Kieda bukanlah sesuatu yang mudah.

Perlu beratur panjang, berjam-jam  dan dalam kepanasan serta kepenatan. RM50 itu mungkin sudah dikira atas semuanya namun memandangkan duit ini perkara yang agak sensitif, jadi ada pihak meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap harga tersebut mahal.

Oleh kerana itu, Nur Shareeza tampil membuat penjelasan mengenai perkara tersebut. Menurutnya, upah untuk beratur sahaja RM50 untuk 3 crepe, belum termasuk dengan harga Crepe dan juga cas COD.

Turut menunjukkan cara pengiraan pembelian tersebut, dia berharap orang ramai faham dan turut menulis di ruangan caption “Video kira-kira upah ps kieda crepe. Siapa rasa mahail boleh mai beratur sekali ya hihi”.

Berbaloi la beratur berjam-jam..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok yang menonton video berkenaan. Bukan sahaja ada yang bersetuju dan menganggapnya berbaloi. “Ok la tu..uph RM50.. Kena p awai nk crepe lbh..berbaloi la beratuq berjam2.. Kita dk rmh tnggu crepe smpai..” tulis Youbaby_fuzahahmad.

Tidak kurang juga ada yang menulis, katanya berbaloi kalau beli banyak. Kalau beli Crepe sahaja memang la rasa mahal. “Berbaloi kalau beli byk..kalau beli crepe saja mmg la hmpa rasa mahai..”, tulis Eda jamai.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh dan menyatakan nak upah beratur sahaja boleh tak dan apabila dah tiba masanya dia akan masuk barisan tersebut. “sis,nk upah beratur saja boleh x.. nati dah tiba masa sy p masuk line ..boleh x..”, tulis Zahra.

kieda crepe

Jika difikir secara logik, cas sebanyak RM50 untuk upah beratur sahaja memang sudah okay dan berbaloi dah. Bayangkanlah siapa nak beratur berjam-jam, enam hingga tujuh jam. Dalam keadaan panas, hujan, sejuk, angin kuat dan sebagainya.

Jadi kalau ada di antara korang yang berasa cas tersebut mahal, tidak usah beli. Beratur sahaja sendiri dan korang akan rasai sendiri kepenatan dan kelelahan tersebut.

Sumber: TikTok Nur Shareeza

Baca juga: Saman Menyaman Hanya Kayakan Peguam, Mydin Mahu Kerjasama Buat Amal Kalau Caprice Sudi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat