Kebaikan Sarapan Pagi


Kebaikan Sarapan Pagi

Kebaikan sarapan pagi

Sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita. Seperti mana yang kitatahu banyak manfaat dan kebaikan sarapan pagi. Tetapi masih ada sesetengah orang yang belum mengetahui kebaikan sarapan pagi. Dan ada juga yang tahu tapi mengabaikan sarapan pagi. Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Mampu Menahan Lapar

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Baik Untuk Kesihatan Jantung

Orang dewasa dan kanak-kanak yang meninggalkan sarapan pagi lebih mudah untuk mendapat kolesterol dalam darah yang lebih tinggi di mana ia adalah salah satu risiko besar untuk mendapat sakit jantung. Pengambilan fiber dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang fit dan sihat.

Tingkatkan Metabolisme Badan

Paras gula dalam darah adalah rendah pada waktu pagi oleh itu, kita perlukan tenaga untuk mengimbang semula paras gula dalam darah. Kita perlu makanan yang boleh memberi tenaga diwaktu pagi untuk memastikan metabolisme sentiasa berterusan. Sebaiknya-baiknya, kita harus sarapan dalam tempoh dua jam selepas bangun dari tidur. Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih dari keperluan kita. Ini mennyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.

Membekalkan Tenaga

Dengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.

 Meningkatkan Kemampuan Otak

Sarapan pagi yang mengandungi glukosa akan digantikan semula dan ia juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting. Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah supaya lebih produktif.

Kesimpulanya, pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah. Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas. Kaitan sarapan dengan kesihatan badan tidak dapat dinafikan kepentingannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat