Dari DJ Radio ke Youtuber Kereta Mewah, Supercar Blondie Berjaya Meraih Pendapatan 8 Angka Dalam Masa Kurang Dari 5 Tahun.


Penggemar kereta mewah pasti familiar dengan nama Supercar Blondie. Bagi yang belum mengenali wanita ini, Supercar Blondie atau nama sebenarnya Alex Hirschi merupakan content creator yang tidak asing lagi dalam bidang automotif.

Tidak sampai lima tahun, wanita yang berasal dari Australia ini berjaya meraih kekayaan sehingga belasan juta ringgit dan sekaligus menjadi influencer wanita terpopular di peringkat global. Supercar Blondie dianggarkan memiliki kekayaan bersih (net worth) bernilai $17 juta!

supercar blondie cukup terkenal di youtube

Kredit Foto : scmp.com

Siapa Supercar Blondie ?

Alex Hirschi berhijrah dari Australia ke UAE pada tahun 2008 dan bekerja sebagai penyampai radio di Dubai. Beliau mula bekerja sebagai penyampai radio dan pengacara untuk Dubai Eye 103.8 dan mula dikenali sebagai Radio Blondie.

Sedang Alex selesa dengan rancangan radionya sendiri, Bentley Motors dekati wanita ini dan berikannya peluang untuk pandu uji kereta pada hujung minggu.

supercar blondie dulu dikenali sebagai radio blondie

Kredit Foto : scmp.com

Ketika itulah, beliau bercadang untuk buka akaun Instagram untuk berkongsi pengalamannya memandu kereta mewah. Setelah diundang oleh Bentley, Alex mendapat idea untuk dekati jenama kereta mewah lain dengan tujuan yang sama.

Dengan laman Instagram yang diikuti oleh 300 orang, Alex pun dekati pembuat kereta mewah satu persatu dan menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk dokumenkan pengalamannya.

Usahanya yang konsisten lama kelamaan membuahkan hasil apabila bilangan pengikut Instagram Supercar Blondie bertambah kian hari.

Selepas 18 bulan membuka akaun Instagram, pengikutnya meningkat seramai 50,000 orang. Ketika itulah, Alex bulatkan tekad dan berhenti kerja untuk fokus pada bidang content creating mengenai supercar yang beliau cukup minati.

Ternyata, Alex berjaya membuktikan bahawa keputusannya untuk ubah haluan kerjaya adalah tepat.

Melalui content creating, beliau berjaya meraih pendapatan bulanan 60 kali lebih banyak berbanding kariernya dalam bidang penyiaran.

Platform Instagram Supercar Blondie juga terus mendapat tempat di hati penggemar supercar dengan mencatatkan seramai 9.9 juta pengikut pada hari ini.

Kini, Alex lebih dikenali di Youtube dengan 7.51 juta subscriber. Video yang dimuatnaik juga cukup memberangsangkan dan berjaya meraih sebanyak 460,000 tontonan sehari.

Supercar Blondie dilaporkan berjaya menjana pendapatan sekitar $52,000 ke $ 851,000 setahun daripada channel Youtube sahaja !

supercar blondie sangat meyerlah di youtube

Bagaimana Supercar Blondie Menjadi Terkenal ?

Sebelum beliau mulakan karier sepenuh masa sebagai ‘carfluencer’, Alex sudah pun mencipta jaringan yang baik bersama nama-nama besar dalam bidang automotif.

Kini dia bekerja bersama suaminya untuk mencipta content di Youtube dan media sosial di bawah nama Supercar Blondie.

Untuk menyaingi influencer lain, Alex menyajikan video dengan sudut pandang yang berbeza. Sebagai influencer kereta wanita, Alex lebih fokus kepada nilai estetik dan ciri-ciri istimewa setiap kereta berbanding influencer kereta lelaki yang lebih fokus kepada sudut mekanikal.

Berbekalkan pengalaman dalam dunia penyiaran, pendekatan Alex dilihat lebih santai dan mesra di hadapan kamera. Ini membantu Alex menjadi lebih menyerlah dan berjaya menarik lebih ramai pengikut dengan minat yang sama dalam dunia supercar.

Alex juga tidak takut untuk ambil risiko dan kini lebih berani untuk kembangkan jenama Supercar Blondie yang dicipta sendiri di laman media sosial lain seperti Facebook dan TikTok.

Bagi memastikan setiap videonya berkualiti, Alex juga sangat teliti dalam pemilihan kandungan untuk disajikan kepada para pengikutnya.

Beliau juga pernah membintangi rancangan “Car Crew with Supercar Blondie” di saluran Amazon Prime pada tahun 2019.

Kerjaya yang dicipta sendiri ini memberikan Supercar Blondie banyak peluang untuk pandu uji pelbagai jenis supercar setiap hari.

Bukan sahaja mewah, malah kereta yang dipandu uji oleh Alex adalah cukup ‘rare’ seperti Batmobile original dari filem Batman tahun 1989, BMW 3.0 CSL Hommage R dan Ferrari 599 GTZ.

supercar blondie pernah pandu uji batmobile

Kredit Foto : scmp.com

Atas rasa minatnya yang cukup mendalam pada dunia automotif, beliau sendiri miliki sebuah Rolls-Royce dan McLaren. Beliau juga bakal miliki Tesla Cybertruck tak lama lagi.

Usaha Alex untuk kekal dalam industri automotif kini membuahkan hasil apabila Supercar Blondie menjadi nama yang cukup besar dalam industri yang didominasi kaum Adam ini.

Berdasarkan statistik, dianggarkan hanya 20% wanita terlibat dalam bidang automotif di seluruh dunia. Namun, kisah Alex mampu mengubah persepi ramai dan memberikan inspirasi kepada ramai lagi wanita untuk libatkan diri dalam industri ini.

Supercar Blondie Tak Goyah Tempuhi Cabaran

Kejayaan Supercar Blondie untuk berada pada tahap ini bukanlah perjalanan yang mudah. Beliau akui tidak mudah untuk sesuaikan diri dalam industri yang didominasi oleh lelaki ini.

“Ia semestinya satu cabaran buat saya. Pada mulanya, sangat sukar untuk saya sesuaikan diri kerana saya seorang sahaja wanita di kebanyakan acara. Ramai peserta lelaki selalu memandang serong kepada saya seolah-olah saya tidak sepatutnya berada di situ kerana saya wanita”, ulas Alex dalam temu bual bersama Metro.

Kejayaan Supercar Blondie juga tidak disenangi sesetengah orang. Beliau pernah dihujani mesej negatif penuh kebencian sehingga pada satu tahap, Alex terpaksa jalani terapi untuk atasi masalah ini.

Supercar Blondie berjaya ke tahap ini atas sokongan suaminya

Kredit Foto : scmp.com

Namun, atas sokongan suami dan keluarganya, Alex terus berdiri kukuh dengan nama Supercar Blondie yang kita kenali pada hari ini.

Kini, Supercar Blondie menjadi ikon wanita dalam bidang automotif dan menjadi bukti bahawa wanita juga mempunyai tempat dalam industri yang didominasi lelaki ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat