Pentingnya Suntikan Vaksin Pada Bayi Anda

Sumber Rujukan : Doktor Paracetamol

Kebanyakkan ibu bapa kurang pendedahan dan ambil tahu akan pentingnya suntikan vaksin pada bayi. Di sini saya kongsikan satu kisah benar yang pernah berlaku.

Pintu kecemasan ditolak dengan kuatnya lalu masuk seorang ibu dengan membawa anaknya yang dalam keadaan lemah. Dengan sekali imbas saya tahu yang kanak-kanak tersebut boleh berhenti bernafas bila-bila masa sahaja.

Kanak-kanak itu berumur 2 tahun lebih. Tetapi pernafasannya lebih daripada 70 kali dalam satu minit. Mengikut guideline yang selalunya kita ikuti, kanak-kanak yang berumur 2 tahun tidak sepatutnya bernafas lebih daripada 40 kali dalam satu minit. Saya menggunakan ‘stethoscope’ untuk mendengar paru-paru kanak-kanak itu. Kedengaran bunyi yang sangat tipikal menunjukkan adanya jangkitan kuman paru-paru (pneumonia). Tambahan pula, keadaan kanak-kanak itu yang nampak sangat letih membuatkan kami cemas dan saya menyuruh jururawat dan pembantu perubatan untuk menyediakan ‘intubation set’.

(‘Intubation set’ merupakan peralatan-peralatan yang digunakan untuk memasukkan tiub ke dalam saluran pernafasan.)

Sementara itu, saya sempat mengambil maklumat daripada ibu berkenaan apa yang berlaku. Ibu berkenaan memberi tahu yang anaknya sudah 3 hari demam dan batuk di rumah. Keadaannya bertambah teruk hari ini dimana anaknya itu bernafas laju dan kelihatan semakin letih.

Saya pun bertanya, “Anak dapat vaksin yang cukup tak?”. Dia pun menjawab tidak.

baby injection

Saya pun bertanya dengan lembut, “Kenapa tak vaksin kan anak?”

Dia pun menjawab, “Kenapa perlu vaksinkan anak saya? Anak saya sihat je. Lagipun vaksin tu melemahkan imun sistem dan memberi penyakit…”

Dalam hati saya berkata-kata, anak kau dah nak mati dah ni. Boleh lagi kau cakap macam ini.

Apa-apa pun anak yang tidak berdosa itu perlu diselamatkan. Perbincangan itu hanya terhenti disitu sahaja. Ceramah ataupun nasihat pada emak itu tidak akan menyelamatkan kanak-kanak yang malang itu.

Kami pun meneruskan procedure intubation setelah menerangkannya kepada ibu kanak-kanak itu. Jururawat saya memasukkan ubat tidur ke dalam saluran darah. Apabila kanak-kanak tersebut tidur, saya pun memasukkan tiub ke dalam saluran pernafasan kanak-kanak tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kanak-kanak itu disambungkan kepada mesin pernafasan.

Haish.

Kadang-kadang kita ego dengan keputusan sendiri walaupun keputusan itu dibuat atas kejahilan diri dan percaya pada sumber yang tidak betul daripada internet. Ada yang sampai mengatakan doktor merupakan agen Yahudi dan Big Pharma. Tetapi pada akhirnya, jika dah sampai tahap anak dah nak meninggal, baru kepercayaan itu diberi kepada doktor yang di’Yahudikannya tadi. Bukan kami tak tahu kebanyakkan ibu bapa antivaks termakan dakyah yang mengatakan doktor ini tajaan Big Pharma dan belajar ilmu Yahudi.

Suntikan Imunisasi 1 Tahun - Alamak Nak Kena Cucuk Lagi Ke Ni---

Habis, bila anak dah nak mati, kenapa bawa ke hospital juga? Kenapa tak bawa pergi berjumpa dengan orang dalam Facebook yang korang percaya sangat tu? Doktor bukan Tuhan boleh bagi nyawa kat anak korang pun.

So, tak payah berperangai besar dirilah kat Facebook ye. Nanti ada yang kena tebalkan muka datang ke hospital mintak tolong dengan doktor tajaan Big Pharma dan belajar ilmu Yahudi.

Satu komen untuk “Pentingnya Suntikan Vaksin Pada Bayi Anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat