Bahaya Tidur Lebih 8 Jam
Kebiasaannya setiap pelajar mengalami kekurangan waktu tidur kerana sibuk menyiapkan tugasan, study group, final year project dan sebagainya. Memang susahbagi seseorang pelajar untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup iaitu 8 jam sehari. Oleh sebab itu, pada hujung minggu wajib bagi mereka untuk ‘qada’ tidur sepuas-puasnya. Tetapi tido yang berlebihan adalah bukan amalam yang baik.
Waktu yang paling disarankan untuk tidur adalah sekitar 8 jam sehari. Namun begitu, apakah yang akan terjadi sekiranya anda tidur terlalu lama dan melebihi waktu yang disyorkan itu? Jom ikuti artikel dibawah.
1. Pening kepala
Pening kepala akan berlaku disebabkan oleh oleh neurotransmitter di dalam otak termasuklah serotonin yang akan terkesan akibat tidur yang terlalu lama. Apa yang akan berlaku ialah, setelah anda bangun daripada tidur yang lama dan kemudian anda berasa pening kepala yang melampau.
Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, otak perlu ada neurotransmitter penenang dan dan perangsang yang seimbang. Selain kualiti tidur yang lebih baik, neurotransmitter yang seimbang juga dapat memperbaiki keseimbangan sistem lain pada badan seperti penghadaman, imunisasi dalam badan serta hormon.
#2. Sakit belakang
Tidur yang terlalu lama dan kekurangan aktiviti fizikal menyumbang kepada berlaku sakit belakang. Jika ini terjadi, kurangkan waktu tidur anda kepada jam yang disyorkan dan lebihkan bersenam. Perkara ini disebabkan oleh waktu tidur yang terlalu panjang dan kurang pergerakan dalam tidur selain disebabkan tilam yang tidak berkualiti.
Apabila badan mula sakit akibat tidur, seseorang akan tidur dengan lebih lagi sebagai alasan untuk melegakan kesakitan. Tetapi itu bukanlah caranya. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk menangani masalah ini secara klinikal untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik serta badan yang lebih selesa.
#3. Sakit jantung
Menurut kajian yang dilakukan terhadap 72,000 wanita, wanita yang tidur 9 hingga 11 jam sehari akan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung sebanyak 38% berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari.
Satu kajian lagi turut menyokong bahawa orang yang tidur lebih lama lebih terdedah kepada strok walaupun sudah mengamalkan gaya hidup sihat.
#4. Diabetes
Selain itu juga, kajian juga menunjukkan bahawa tidur yang terlalu lama akan meningkatkan risiko diabetes. Selain itu, tidur yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada masalah ini. Oleh itu, sentiasa kekalkan waktu tidur yang paling sesuai untuk anda.
Hal ini berlaku kerana tidur yang terlalu kurang atau terlebih dapat mempengaruhi paras gula dalam badan.
#5. Obesiti
Pertambahan berat badan boleh disebabkan oleh tidur yang terlalu lama. Menurut kajian, individu yang tidur selama 9 sehingga 10 jam sehari akan lebih berisiko sebanyak 21% untuk mengalami obesiti jika ia berlaku berterusan sehingga 6 tahun berbanding individu yang tidur selama 7 hingga 8 jam sehari. Ini adalah berkaitan dengan pengambilan makanan dan kekurangan senaman.
Bukan sekadar mitos, seorang yang mempunyai berat badan berlebihan ternyata lebih cenderung untuk tidur lebih lama. Mereka lebih cenderung untuk mini akan mudah naik berat badan kerana lebih suka berehat dan kurang bersenam. Hal ini akan menyebabkan badan kurang membakar kalori.
#6. Depresi
Depresi boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor dan salah satu faktor yang mendorong kepada dipresi adalah tidur yang berlebihan iaitu melebihi 8 jam sehari. Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada individu yang mengalami depresi adalah akibat tidur yang berlebihan. Keadaan ini juga akan membuat depresi mereka menjadi lebih teruk. Untuk menyelesaikannya, pesakit depresi ini perlu tidur pada waktu yang disarankan sahaja iaitu sekitar 8 jam sehari.
#7. Kematian
Paling menakutkan, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa individu yang tidur berlebihan iaitu sekitar 9 ke 10 jam sehari mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding individu yang tidur pada waktu yang disarankan, iaitu sekitar 8 jam sahaja sehari.
Kesimpulannya, tidur terlalu lama bukanlah satu perkara yang baik dan mampu menyegarkan kembali badan anda. Sebaliknya, ia akan membawa kepada kemudaratan yang bakal terjadi kepada anda jika anda mengamalkannya. Oleh itu, ikutilah saranan pakar perubatan dan kecergasan yang menyatakan bahawa tidur yang paling ideal adalah sekitar 8 jam sahaja sehari.