Amanah akan terus menyokong kepimpinan Tun Mahathir - Mohamad Sabu – Daily Rakyat

Amanah akan terus menyokong kepimpinan Tun Mahathir – Mohamad Sabu


Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan pendirian mereka untuk berada di belakang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan media, Presidennya, Mohamad Sabu memaklumkan parti memberikan sokongan penuh kepada Tun Mahathir untuk terus memimpin Pakatan Harapan.

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada YBhg Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.

“Kami teguh berdiri bersama Pakatan Harapan dan YBhg Tun untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan itu.

Tun Mahathir telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau juga mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

 

Sumber : Astro Awani

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat