Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal beli saham AC Milan – Daily Rakyat

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal beli saham AC Milan


Laman web bola sepak Itali, www.calciomercato.com menyatakan bahawa Milan akan diambil alih oleh pelabur daripada syarikat multinasional Amerika Syarikat, Goldman Sachs.

Pemilik dari China, Li mengambil alih kelab berkenaan yang diberi jolokan ‘The Rossoneri’ pada musim panas 2016 setelah bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, melepaskan kelab berkenaan.

Walaupun membelanjakan lebih 150 juta Euro untuk pembelian pemain pada musim panas lepas, prestasi kelab tersebut mengecewakan setelah Milan menamatkan saingan di tempat keenam Serie A, selain tersingkir daripada Liga Eropah selepas tewas 1-5 secara agregat kepada Arsenal pada Pusingan 16 pasukan.

Dua tahun lepas, terdapat juga cakap-cakap Tunku Ismail menunjukkan minat terhadap kelab itu selepas adanya laporan menyatakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berminat membeli saham ke atas juara Serie A sebanyak 18 kali itu. Namun, TMJ kemudian menafikan laporan berita tersebut.

Dalam temu bual dengan The Straits Times Singapura pada April 2016, TMJ berkata: “Saya bercadang membeli AC Milan, tetapi akan melihat dulu keadaan sebelum membuat sebarang keputusan. Saya suka Milan dan meminati kelab Itali itu sejak kecil. Tapi, fokus utama saya tetap kepada JDT.

“Tapi, sekiranya saya boleh melabur untuk kelab bola sepak di Eropah, ia sudah pasti di AC Milan.”

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan sudah dimaklumkan oleh kelab Itali Seria A, AC Milan untuk menjadi pemegang saham kecil dalam kelab berkenaan.

Menurut laporan media Itali, Presiden AC Milan, Yonghong Li sudah berunding dengan rakyat Malaysia berketurunan Melayu bagi membeli saham dalam kelab tersebut.

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi bahawa individu dimaksudkan ‘berketurunan Melayu’ seperti dipetik media Itali itu adalah Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Tunku Mahkota berminat dengan Milan. Pencarian terus untuk nama rakan kongsi yang akan menyokong Li Yonghong dalam pengurusan syarikat Via Aldo Rossi, bermula daripada rakan kongsi minoriti pada masa hadapan, mungkin, menjadi presiden kelab,” PremiumSportHD melaporkan pada Rabu.

Sumber Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat