5 Tempat Percutian Yang Termahal Di Dunia!
Bercuti-bercuti juga, bajet perlu juga ingat. Tempat percutian ini menawarkan semua keenakan percutian yang anda inginkan – dengan harga yang sangat “indah” untuk difikirkan.
Musha Cay, Bahamas
Dengan adanya pesta bunga api persendirian, diving, menangkap ikan laut dalam, dan juga permainan mencari harta karun, anda akan dapat percutian yang palik terbaik di dalam hidup anda. Sebahagian daripada Out Islands, Exumas, Musha Cay adalah antara koleksi 11 pulau tercantik. Anda harus menyewa seluruh pulau dan boleh mengajak seramai 24 tetamu di dalam lima rumah tumpangan. Sehari dimula dengan harga $39,000 (RM166,822.50) termasuk makan dan minuman.
Cayo Espanto, Belize
Dengan menaiki bot, pulau berkeluasan empat ekar ini telah memberikan nikmat seperti di syurga. Chef persendirian, butler, dan kesemua staff yang akan menyambut anda di jeti semasa ketibaan anda. Anda akan mempunyai villa tersendiri dengan dikelilingai dengan laut berwarna dan berkilau seperti kilauan zamrud. Harga Cayo Espanto ini dimulakan dengan $1595 (RM6822.61) untuk satu villa sehari atau keseluruhan villa dengan harga $13,500 (RM57746.25)
Pulau Guana, British Virgin Islands
Pulau sebesar 850 ekar in bukan untuk dimasuki oleh masyarakat biasa walaupun menpunyai tujuh pantai yang cantik. Pulau ini mempunyai flora dan fauna yang sangat cantik, terutamanya spesies burung dan snorkelling pada tiga tempat batu karang. Aktiviti seperti kelas yoga, kelas tennis, dan juga menikmati minuman di The Club, juga akan membuat anda berasa bahagia di sini. Kotej yang menghadap ke arah laut bermula dengan harga $695 (RM2972.86) seharian untuk pasangan, dan harganya meningkat mengikut jenis rumah.
Pulau Cocoa, Maldives
Menjadi tempat yang popular untuk percutian yang romantik bersama pasangan atau untuk keluarga, tempat percutian ini bukanlah di atas pulau. Kerana penginapan ini adalah di atas laut yang cantik membiru dan berhubung kepada Pulau Cocoa dengan jeti. Tetapi ini bukanlah pondok yang biasa. Tempat penginapan ini bermula daripada split-level suites kepada villa dengan dua bilik. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah snorkeling, scuba diving, memancing, dan island hopping, untuk merasa sendiri budaya penduduk di Pulau Cocoa. Makan di restaurant Ufaa yang menawarkan makanan gaya India Selatan, ataupun makanan Asian Mediterranean, akan membuat anda teringat tentang kesedapannya. Harga bermula daripada $900 (RM3849.75) sehari.
Bunga Raya Island Resort, Malaysia
Di luar pantai keajaiban semulajadi Borneo adalah pulau peranginan kecil ini, di mana 47 villa yang dibina oleh penduduk tempatan di tepi lereng bukit menghadap Laut China Selatan. Menyelam bersama penyu laut dan jerung paus, meneroka hutan dan bakau, dan berehat dengan rawatan spa yang disediakan. Semua unit adalah berhawa dingin dan menawarkan WiFi dan kemudahan moden yang lain. Dikelilingi persekitaran tropika serta beberapa pilihan restoran, semua dapat dicapai dengan bot. Kadar bermula pada $1,700 (RM7271.75).
Berminat? Silalah buat tempahan sekarang!