Tips Bagaimana Menjaga Hati Ibu Bapa Kita


Ibu bapa adalah kurnia Ilahi untuk kita. Ibu bapa adalah insan yang telah mengerah semua tenaga mereka dalam membesarkan kita. Mendidik dan mencorak kita untuk menjadi seorang insan. Namun apakah tugas kita sebagai seorang anak? Apakah tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa kita ini? Apakah balasan yang patut kita beri kepada kedua-dua insan ini? walaupun kita sebagai seorang anak tidak lari daripada menyakiti hati mereka. Namun masih ada cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga hati mereka.

baby-skin13

9 perkara yang anda sebagai anak boleh lakukan dalam menjaga hati ibu bapa.

  • Ikut segala arahan dan perintah, Ibu bapa akan sejuk hati jika kata2 mereka ditaati dan diikuti oleh anaknya.
  • Berbicara menggunakan ayat lunak, tentu ibu bapa senang. Berbanding kalau anak tinggikan suara atau bercakap kasar, ibu bapa mudah tersinggung.
  • Berbakti kepada ibu bapa.

“Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

  • Pandang mereka dengan penuh kasih sayang dan gembirakan hati mereka dengan selalu senyum dan bermanis muka kerana ia memberi kesan di hati ibubapa. Menurut Nabi s.a.w., Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang) adalah ibadah.(Riwayat Abu Daud)

Doctor holding inhaler mask for kid girl breathing

  • Hati ibu bapa terhibur jika anak mereka tahu menghormati mereka. Nabi s.a.w. banyak memberi panduan cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk dan perlunya anak membiasakan budaya minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk ke mana2.
  • Hargai pemberian dari ibu bapa kita. Menghargai pemberiannya sama dengan menghargai dirinya.Oleh itu mereka akan berasa senang hati.
  • Jika sudah tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka.
  • Peka dengan apa yang ibu bapa suka atau tak suka. Jangan buat sesuatu yang anda tahu ibu bapa anda tak suka. Anda juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapa, tempat yang ibu bapa suka pergi dan sebagainya. Ini akan membuatkan ibu bapa anda terhibur.

20160315194443

Perihatin Kesihatan Ibu Ayah, Belilah makanan dan minuman Kesihatan terbaik supaya ibu bapa kita dapat kesihatan yang terbaik dan beribadah dgn tenang dan selesa.. IN SHA ALLAH

Semoga semua anak-anak boleh mempraktikkan tips-tips diatas ini untuk kebahagian sebuah keluarga yang lebih harmoni.

 

Cara berbakti kepada kedua ibu bapa kita oleh Ustaz Saifuddin Abd Fatah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat