Nak Tukar Kad Bank CIMB Atas Talian? Ini Caranya Yang Mudah & Cepat


Syarikat perkhidmatan kewangan yang kedua terbesar di Malaysia  yang disenaraikan oleh Bursa Malaysia adalah CIMB. Tidak dinafikan, memang ramai pengguna CIMB ini. Pelbagai kelebihan yang ada pada CIMB menyebabkan pengguna gemar menggunakan bank ini sebagai tempat menyimpan wang.

Namun begitu, jika sebelum ini hanya Maybank sahaja yang menyediakan khidmat penukaran kad bank yang mudah, iaitu hanya di atas talian sahaja. Kini CIMB juga turut menyediakan khidmat penukaran kad debit di atas talian.

Caranya sangat mudah, jom ikuti langkah-langkah menukar kad bank CIMB di bawah ini.

Cara tukar kad bank CIMB atas talian

  1. Layari laman web khas CIMB atau klik di sini.
  2. Isi dengan tepat maklumat yang diperlukan termasuklah enam angka terakhir nombor kad pengenalan anda. Begitu juga dengan empat angka terakhir kad debit CIMB.
  3. Setelah selesai, klik ‘PROCEED‘.
  4. Selepas itu, dapatkan nombor OTP yang dihantar menerusi nombor telefon yang telah didaftarkan. Kemudian, isikan nombor OTP untuk pengesahan. Klik ‘CONFIRM’ untuk pergi ke proses seterusnya.
  5. Pilih proses pembaharuan kad debit sama ada penghantaran atau kunjungan ke cawangan CIMB. Anda disarankan untuk mengambil pilihan pertama untuk penghantaran kad terus ke rumah tanpa perlu pergi ke cawangan lagi. Klik ‘PROCEED’ selepas sudah menandakan pilihan pertama.
  6. Akhir sekali, sahkan alamat untuk penghantaran kad debit, kemudian tekan pada PROCEED dan YES untuk pengesahan terakhir.kad bank cimb

Kad debit baharu akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja selepas selesai menghantar permohonan. Untuk makluman anda semua, kad debit CIMB ini boleh diperbaharui dalam talian hanya bagi kad debit yang telah tamat tempoh atau bakal tamat dalam masa tiga bulan.

Bagi pembaharuan kad CIMB atas talian ini, CIMB tidak akan mengenakan sebarang cas. Semoga perkongsian cara tukar kad bank CIMB ini dapat memudahkan urusan kalian semua. Jangan lupa kongsikan juga maklumt ini kepada kenalan anda ya!

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP? Ini Caranya Yang Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat