ADUAN RAKYAT : Elemen Penipuan di Dalam Program Mega Wedding dan Hijab
Baru-baru ini heboh kes penipuan pengajur yang menganjur program Mega Wedding & Hijab Fashion 2017 V3 yang diadakan di Stadium tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Salah seorang daripada vendor yang menyertai program terbabit membuat sedikit luahan dan pesanan di laman sosial facebook bagi memberi peringatan kepada vendor-vendor yang lain agar berhati hati supaya perkara seperti ini tidak terjadi. Di bawah adalah sedikit perkongsian daripada individu bernama Scha Fara (nama facebook).
“guys orang2 jaybee pliss beware dengan lelaki baju kuning cair tu..! yg kena mara tu.!! sis and others vendor ckup2 kesal sbb langsung tak ade crowd.. orang langsung x dtang.. sis dari kl jauh2 spend mase spend duit ujung2 organisers cakap ade artis konon nyer seperti z.zain,situ nurbaya, shamir af, and few artist but smua palsu.!! korang bole tgok kat bawah tu brape banyak aktiviti yg di janji kan tp sangkak 1 pengunjung pon xade.. knpe aniaya vendor seperti kami camni.. kalau xtau buat event jgn feeling nak jadi penganjur.. bila minta refund duit kau xnak kasi.. tp marketing kau hancur.. sis dtg sini 2ari lepas bru nak pasang banner.. camne org jaybee nk tau ade event kt stadium ni.. allah.. bila ramai2 mengamok die punye dalih2 bercakap tu berbelit2.. smua last minit cakp aktiviti cancel last minit la what ever la .. kami xnak tau bende tu ptot nyer kau penganjur perlu amek tau and comfirm kn awal2.. sis and vendor lain mmg kesal yg sgt2.. kena bohong camni..!! event MEGA WEDDING AND HIJAB failed…!!! plishh viral kan supaya vendor2 cam kite xterkena gan mereka..!!!l name company INPROM2 EVENT…!!”