Dah Sedia Stok Makanan Untuk Bulan Puasa ? Ini 8 Makanan Sahur Wajib Ada di Rumah, Barulah Rasa Lebih Bertenaga Ketika Berpuasa.


Bulan Ramadhan menjelma lagi. Inilah peluang kita untuk mengejar pahala serta pengampunan dari Allah. Selain membaiki ibadah kita, bulan puasa juga merupakan waktu yang baik untuk kita rancang semula pemakanan dari rumah.

Sudahkah anda sediakan stok makanan untuk bersahur nanti ? Pastikan anda ada 8 makanan sahur ini di rumah !

8 Stok Makanan Sahur  Yang Berkhasiat dan Mengenyangkan

Oat

Bijirin penuh ini sangat popular sebagai makanan yang sihat. Mana tidaknya, ia merupakan sumber karbohidrat kompleks dan serat yang sangat baik untuk tubuh. Ia juga mampu membekalkan tenaga berpanjangan semasa berpuasa dan membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.

Kalau nak lagi sedap dan lebih berkhasiat, anda boleh tambahkan kekacang atau buah-buahan pada oat.

Sekarang ni trend orang buat overnight oat. Senang saja nak buat, sedap pulak tu untuk dijadikan makanan sahur. Anda hanya perlu campurkan oat, susu pilihan dan topping tambahan seperti buah-buahan atau kekacang.

Simpankan oat di dalam bekas yang tertutup. Sedia untuk dinikmati ketika bersahur. Lazat dan berkhasiat !

oat adalah makanan sahur yang baik

Sayur-Sayuran

Bulan Ramadhan juga adalah waktu yang sesuai untuk kita reset cara pemakanan kita. Sesetengah orang mungkin takut makan sayur dengan banyak pada waktu sayur kerana risau cepat lapar.

Anda tak perlu risau kerana nutrisi yang padat dalam sayur dapat kurangkan rasa lapar. Ketika bersahur, anda juga digalakkan untuk mengambil sayur yang tinggi kandungan air seperti kubis bunga, brokoli dan lobak merah.

Kekacang

Kacang seperti gajus dan badam adalah snek terbaik untuk diamalkan ketika bersahur. Ia membekalkan khasiat dan tenaga sepanjang hari dengan khasiat serat, protein dan karbohidrat kompleks yang tinggi.

Untuk mengekalkan khasiatnya, elakkan mengambil kekacang yang disaluti perasa tambahan seperti garam atau gula.

makanan sahur kekacang

Telur

Sumber protein yang mampu milik dan tinggi khasiat, telur adalah antara stok makanan yang wajib ada di setiap rumah. Ia mengandungi protein yang tinggi serta diperkaya dengan lemak sihat, vitamin, mineral dan rendah kalori.

Nutrisi yang tinggi dalam telur ini juga akan membantu kita untuk berasa kenyang dengan lebih lama serta mengurangkan lapar pada siang hari.

telur adalaha makanan sahur yang baik

Buah Epal

Buah epal bukan sahaja rendah kalori, malah ia padat dengan manfaat vitamin seperti kalium dan vitamin C . Buah ini juga menggalakkan rasa kenyang dengan lebih lama dengan kandungan air serta seratnya yang tinggi. Kulit epal jangan dibuang, ya! Ia mengandungi serat pektin yang baik untuk mengawal nafsu makan.

epal baik sebagai makanan sahur

Ikan

Kalau dah bosan makan telur, anda boleh dapatkan manfaat protein daripada ikan. Lebih-lebih lagi seperti ikan kembung dan tuna yang mengandungi kandungan lemak omega-3, ia mampu meningkatkan kesihatan dengan menurunkan risiko penyakit jantung serta memelihara kesihatan tulang. Untuk memastikan khasiat ikan terjaga, anda disarankan untuk memasaknya dengan cara yang lebih sihat seperti bakar atau rebus.

Kurma

Buah kurma memang cukup sinonim di bulan Ramadhan. Dengan rasa manis semulajadi, ia bukan sahaja sunnah untuk diambil semasa berbuka, malah ia juga baik untuk dimakan ketika bersahur. Di samping baik untuk penghadaman, manfaat serat dalam buah kurma membantu untuk anda rasa kenyang dengan lebih lama.

Daging Merah

Anda juga boleh sediakan hidangan daging ketika bersahur untuk melengkapkan keperluan protein harian. Selain membekalkan protein, daging merah juga diperkaya dengan zat besi serta vitamin B12 yang baik untuk kesihatan darah.

Bagi mendapatkan manfaat penuhnya, pastikan anda memilih daging segar dan elakkan daripada membeli daging yang diproses.

dagin merah baik sebagai makanan sahur

Tempoh berpuasa adalah waktu yang baik untuk kita merangka semula tabiat pemakanan kita. Semak semula stok makanan dan penuhkannya dengan sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan rendah kalori.

Jangan lupa untuk lengkapkan makanan sahur bersama protein untuk memberikan anda tenaga berpanjangan sepanjang hari.

InsyaAllah dengan penjagaan pemakanan yang baik pada bulan puasa, maka cerahlah masa depan anda untuk dapatkan berat badan idaman menjelang raya nanti !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat