6 Rutin Skincare Yang Perlu Anda Ketahui, Nombor 5 Wajib Buat


Rutin skincare yang betul mampu memberikan kesan yang terbaik terhadap pengguna. Penjagaan kulit muka tidaklah sukar namun ia memerlukan kerajinan dan ilmu tambahan bagi memperoleh hasil kulit muka yang cantik dan mulus. Kulit muka yang kering mahupun kulit muka berminyak juga perlu mengamalkan pemakaian rutin skincare yang betul.

Tahukah anda bahawa skincare mempunyai urutan cara penggunaannya? Jika anda menginginkan kulit wajah yang cantik dan mulus, anda perlu mengetahui urutan yang betul bagi penjagaan kulit wajah. Satu perkongsian cara pemakaian skincare dengan betul telah dibuat oleh akaun TikTok @razzhani .

Jom ikuti perkongsiannya.

6 Rutin Skincare Yang Perlu Anda Ketahui, No 5 Wajib Buat

1. Pembersih muka

Pembersih muka merupakan langkah yang utama bagi sesebuah penjagaan kulit wajah. Terdapat pelbagai jenis pembersih muka yang boleh digunakan. Ianya bergantung kepada jenis kulit muka masing-masing. Bersih, bersih jugak tapi jangan mencuci muka secara berlebihan ya.

 

2. Penyegar muka (Face mist)

Selepas mencuci muka, gunakan penyegar muka untuk menampakkan lagi kesegaran di raut wajah anda. Penyegar muka biasanya dalam bentuk mist dan ianya mampu mengurangkan hidrasi terhadap kulit wajah anda. Bahan utama dalam setiap penyegar adalah mengandungi vitamin, ekstrak dan pati minyak.

 

3. Toner

Toner juga amat penting dan perlu digunakan kerana ia menambahkan lagi kelembapan kulit muka tanpa menghilangkan kelembapan asal kulit anda. Jika kulit wajah anda sihat, anda tidak digalakkan untuk menggukana toner kerana risau ia memberikan kesan negatif terhadap kulit muka anda. Toner selalunya digunakan selepas menggunakan penyegar muka

 

4. Serum

Penggunaan serum terhadap kulit muka amatlah digalakkan. Serum mampu menegangkan lagi kulit wajah anda dengan menyerapkan beberapa bahan yang aktif dan ianya juga mampu mengurangkan penuaan dan memudarkan pigmentasi.

 

5. Pelembab (Moisturiser)

Pelembab ini amat penting kerana ianya menjadi pendinding daripada kulit wajah mengering dan ianya mampu membantu menghidrat semula kelembapan. Pelembab perlu dipakai setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit muka daripada kerosakan yang teruk.

 

6. Pelindung matahari (Sunscreen)

Ramai orang memandang enteng dengan langkah terakhir ini. Sunscreen perlu digunakan selepas selesai melakukan rutin dari nombor 1 hingga ke 5. Tujuan pemakaian sunscreen adalah untuk membantu mengekalkan kulit anda daripada kerosakan. Ia juga melindungi kulit wajah daripada terkena sinaran matahari dalam jangka masa yang lama.

Mudah bukan?  Keenam-enam rutin pemakaian skincare amatlah penting bagi mengekalkan dan meningkatkan kecantikan kulit wajah seseorang namun, penggunaan yang secara berlebihan mampu memburukkan lagi kulit muka anda. Oleh itu, gunalah produk skincare yang neutral dan ikutilah rutin pemakaian skincare yang telah dikongsikan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat