5 Tips Senaman Ringan Yang Boleh Dilakukan Di Dalam Pejabat
Seharian terperuk di dalam pejabat yang mempunyai hawa dingin? Ia sedikit sebanyak turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman.
Tiada alasan lagi untuk kita tak bersenam kerana dengan bersenam kita boleh menyihatkan tubuh badan dan mencergaskan minda serta badan kita.
Disini saya kongsikan senaman yang mudah dan boleh dilakukan di pejabat. Ajak boss join sekali..hihihihi
1.Gunakan tangga
Menaiki dan menurun tangga untuk ke pejabat menyebabkan proses pembakaran kalori berlaku. Berjalan naik turun tangga pada kadar yang sederhana juga boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan jantung.
2. Leg Raise (Menaikkan/Angkat Kaki)
Dalam keadaan masih duduk di atas kerusi kita, angkat kaki ke hadapan di bawah meja dan tahan selama 5 saat. Kemudian turunkan kaki dalam keadaan tergantung tanpa menyentuh lantai. Ulang langkah-langkah ini beberapa kali.
3. Shoulder shrug (mengangkat bahu)
Ini mungkin merupakan salah satu gerakan yang biasa dilakukan sewaktu pemanasan badan sebelum senaman. Tapi ia tidak akan menghilangkan daripada turut berbuat sedemikian di meja pejabat korang sendiri.
4. Back stretch (regangan belakang)
Adalah lebih bagus sekiranya korang sedang duduk diatas kerusi beroda yang boleh berpusing. Letakkan tangan di atas meja, cengkamkan dengan kuat. Kemudian tolak kerusi ke belakang sambal meregangkan kepala ke hadapan supaya ianya berada diantara lengan korang. Lihat ke bawah pada lantai, dan kemudian perlahan lahan tarik diri ke dalam untuk melengkapi regangan.
5. Standing Leg Curl
Kaedah leg curl ni menguatkan urat keting kaki korang.
Mulakan dengan berdiri dan letakkan kedua-dua belah tangan dibahagian belakang kerusi untuk mengimbangkan badan.
Bengkokkan lutut kanan dan angkat tumit ke atas kearah punggung, tahan beberapa saat dan rendahkan kaki tersebut.
Ulang beberapa kali dan lakukan gerakan yang sama pada kaki kiri.
Jika pejabat korang mempunyai gymnasium, gunakan peluang ini sebaiknya dan luangkan kira-kira 20 minit untuk melakukan senaman ketika waktu rehat atau sebelum pulang ke rumah. Bagi memastikan korang sentiasa megamalkan gaya hidup sihat, apa kata ajak rakan sekerja melakukan senaman, Pastinya ia akan lebih menyeronokkan.