Malaysia Perlu Lebih Ramai Pemimpin Transformasi

Sumber Rujukan : Utusan Malaysia 23 Mac 2017

Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin hebat, terutamanya pemimpin transformasi, yang ,mempunyai keupayaan menangani ketakutan dan berani untuk mengambil langkah bagi mentransformasikan sesebuah organisasi, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala.

“Dalam apa juga yang saya lakukan, saya mahukan ia dilakukan dengan pantas dan mendapat hasil yang lebih baik. Ia adalah obsesi saya dalam hidup ,” katanya semasa sesi sejam bertajuk Transformational Road Less Travelled pada Forum Transformasi Global, di sini, hari ini.

Kepimpinan transformasi adalah mengenai pemimpin yang berhubung dengan pekerja bagi memberi inspirasi perubahan positif dalam mentransformasikan organisasi dan mengubah budayanya.

Berkongsi pengalaman beliau sebagai pakar transformasi yang bertanggungjawab menyelia transformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, Idris menceritakan pengalamannya semasa melaksanakan pemulihan dalam Shell dan Malaysia Airlines.

Di Shell, Idris yang berkhidmat selama lebih 23 tahun dengan syarikat itu berjaya memulihkan semuala unit di Sri Lanka dan Malaysia untuk meraih kembali keuntungan selepas beberapa tahun mencatat kerugian.

Beliau kemudiannya menyelamatkan Malaysia Airlines daripada hampir jatuh bangkrap, dan membawanya kembali meraih keuntungan besar.

Idris yang mendapat inspirasi daripada puisi The Road Not Taken nukilan Robert Frost berkata, pendekatan beliau merupakan apa yang membezakannya sepanjang kerjaya belaiu dalam organisasi yang beliau pernah bekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat