Tony Fernandas, Pengasas Air Asia Mengahwini Gadis Korea Berumur 20 Tahun! – Daily Rakyat

Tony Fernandas, Pengasas Air Asia Mengahwini Gadis Korea Berumur 20 Tahun!


Umum tidak mengetahui kisah peribadi Sir Tan Sri Tony Fernandas, Billionair dari Malaysia ini yang berjaya memberikan ‘demokrasi’ kepada penerbangan untuk semua dengan tagline ” Now everyone can fly”.

Terkini pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengahwini teman wanitanya dari Korea, Chloe. Sekali imbas, cantiknya Chloe ini persis seperti Marion Counter, isteri kepada Syed SM Nasaruddin.

Majlis perkahwinan itu diadakan di Cote d’Azur, Perancis yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

New Straits Times memperoleh gambar pasangan pada majlis itu. Tony kelihatan segak memakai suit tiga lapis manakala isterinya menawan dengan gaun putih panjang.

Pasangan itu dikatakan bercinta lebih daripada dua tahun sebelum bernikah semalam

Tidak banyak diketahui mengenai Chloe, 20-an, walaupun beliau dikatakan mempunyai personaliti menarik dan disukai ramai.

Malah, nama keluarganya juga hanya diketahui keluarga dan teman rapat.

Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis itu ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz. – NST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat