Semakin Kronik, Lebih 5 Ribu Jemaah Ditipu Setiap Tahun, Ketahui 5 Isu Utama Penipuan Pakej Umrah Di Malaysia


Menziarahi dua Kota Suci Mekah dan Madinah merupakan salah satu aktiviti pelancongan keagamaan (religious tourism) tertua di dunia di mana menunaikan Umrah merupakan salah satu ibadah yang dituntut dalam Islam. Justeru itu, hasrat serta permintaan untuk menunaikan ibadah umrah sentiasa tinggi, malahan dijangka akan terus meningkat setiap tahun.

Perkembangan positif dalam sektor industri pelancongan yang melibatkan pengendalian pakej umrah/ziarah di negara ini turut membuka ruang kepada pihak yang dak bertanggung-jawab untuk mengambil kesempatan bagi meraih keuntungan mudah sama ada sebagai agen palsu ataupun bertindak sebagai agensi pengendali umrah yang dak berlesen.

Mereka ini sentiasa mencari jalan dengan niat untuk melakukan penipuan ke atas orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah/ziarah ini.

Isu penipuan pakej Umrah di Malaysia semakin berleluasa sejak kebelakangan ini yang boleh diibaratkan sebagai ‘wabak yang semakin kronik’. Isu ini perlu ditangani segera dengan cara yang komprehensif dan berkesan supaya orang ramai dak lagi menjadi mangsa kepada pihak- pihak yang dak bertanggung-jawab.

Contoh laporan daripada Harian Metro yang menyatakan bahawa seramai 4,800 orang dikesan menjadi mangsa penipuan pakej umrah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu dengan nilai kerugian sebanya RM14.2 juta.

Antara kes yang pernah dilaporkan termasuk kegagalan agensi pelancongan untuk mendapatkan visa Umrah, ada tiket penerbangan, hanya mempunyai tiket penerbangan sehala sahaja, pembatalan atau penangguhan pakej Umrah serta pelanggaran terma dan syarat pakej Umrah yang antara lain melibatkan kegagalan syarikat memenuhi janji-janji terhadap jemaah Umrah seperti :

a. Perubahan tempat penginapan.
b. Perbezaan jarak hotel ke masjid.
c. Pengurangan bilangan hari.
d. Pertambahan harga pakej.
e. Ketiadaan syarikat untuk membantu jemaah dan sebagainya.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2012 sehingga Oktober 2017, sebanyak 290 aduan telah diterima yang melibatkan nilai kerugian sebanyak RM11,529,751.00 di atas pelbagai kesalahan berkaitan

Sejak penubuhan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK), terdapat pelbagai usaha oleh Kementerian untuk menangani gejala penipuan ini tetapi keberkesanannya masih ditahap yang kurang memberangsangkan.

Berdasarkan kepada statistik kes penipuan Umrah oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2012 sehingga Oktober 2017, kes-kes penipuan ini masih lagi wujud walaupun terdapat sedikit penurunan dari setahun ke setahun.

Tonton temubual dalam rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah tentang penipuan Pakej Umrah yang diwakili oleh Kementerian Pelancongan dan Jabatan Zakat, Haji dan Wakaf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat