4 Tempat Menarik Di Pahang Yang Wajib Di Kunjungi Bersama Keluarga Atau Rakan-Rakan


Pahang merupakan salah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Tidak hairanlah tiap-tiap daerah di Pahang sangat besar. Okay lah ini dia sedikit perkongsian daripada admin tentang tempat-tempat menarik yang korang semua boleh kunjungi di negeri Pahang Darul Makmur.

Sebagaimana yang kita ketahui, Pahang sangat terkenal dengan masakan ikan patin masak tempoyak kan tapi kali ini min xnak cakap pasal makan-makan.

Kalau nak cakap pasal tempat menarik di Pahang memang banyak lah. Baik tempat peranginan tanah tinggi, taman tema, taman negara, air terjun mahupun pantai peranginan. Memang terbukti negeri Pahang banyak tempat yang boleh dilawati.

Mungkin dah ada yang tahu tempat-tempat menarik ini, dan mungkin juga ada belum tahu. Bagi yang belum tahu boleh lah usha-usha disini. Mungkin dapat bantu korang semua dalam merancang trip melancong bersama keluarga ataupun nak buat sebarang aktiviti secara berkumpulan.

Tempat-Tempat Menarik di Pahang

1. Cameron Highland

Siapa yang tak kenal kan dengan Cameron Highland ni. Kalau orang tanya kat mana nak honeymoon dimana nak adakan lawatan sudah semestinya disini lah jawapannya. Cameron Highland bukan sahaja di kenali dikalangan rakyat Malaysia malahan juga pelancong luar negara.

Jadi tidak hairanlah sekiranya setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, Cameron Highland pastinya dipenuhi oleh pelancong. Tips untuk datang bercuti ke Cameron Highland, datang lah bukan pada cuti umum supaya dapat elakkan kesesakan jalan raya dan tak perlu nak beratur panjang. Antara tempat yang menarik di Cameron Highland ialah:

  • Boh Tea Garden Di Ringlet
  • Cameron Adventurous
  • Taman Agroteknologi MARDI
  • Kebun Strawberi & Cafe/YZ Agro Farm
  • KHM Strawberries & Jam
  • Cactus Valley
  • Kebun Pokok Bunga Lavendar(Lavendar Garden)
  • Taman Rama-Rama
  • Ladang Lebah
  • Puncak Gunung Brinchang & Mossy Forest

2. Pulau Tioman

Pahang juga mempunyai pulau yang sering dikunjungi oleh pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Pantai yang sangat cantik sudah semestinya memikat hati setiap pengunjung yang hadir.

Dihiasi pula dengan pasir pantai yang sangat cantik, warna air yang jernih kebiruan dan juga penginapan yang disediakan sangat selesa dan harga yang berpatutan. Antara contoh aktiviti yang korang semua boleh buat di Pulau Tioman ialah:

Snorkeling

Pahang

  • Seperti yang korang semua tahu aktiviti snokerling merupakan aktivit utama di Pulau Tioman. Aktivti ini memang dapat memikat hati korang semua kerana sambil snorkeling tu, anda dapat memberi makan kepada ikan-ikan yang duk berenang dengan korang semua tu.
  • Banyak por-port snorkeling yang ada di Pulau Tioman ni tapi lain port lain lah ikan dan batu karang nya. Yang paling penting dapat memuaskan hati orang semua dan tidak pernah mengecewakan.

Sunset @ Sunrise

Pahang

  • Mungkin ada yang akan cakap mana-mana pantai pun boleh lihat pemandangan ini kan. Namun percayalah kalau korang kaki gambar atau DSLR, kat sini merupakan salah satu port yang paling cantik untuk mendapatkan pemandangan ini.

Mandi Pantai

Pahang

  • Sudah semestinya mandi pantai merupakan aktivit wajib kan. Tapi kta selalu risau takut lemas kalau mandi pantai kan.
  • Di Pulau Tioman ni, boleh dikatakan sangat selamat untuk mandi pantai kerana boleh dikata tiada langsung ombak besar yang merbahaya kepada pengungjung yang datang.

3. Kuantan

Mesti ada yang pelik kan kenapa Kuantan. Mungkin ada juga yang akan cakap bukan ke Kuantan tu bandar? Sebelum korang semua makin pelik dan belum mengetahuinya, meh sini admin nak kongsikan antara tempat-tempat menarik ang ada di Kuantan.

Pantai Teluk Cempedak

Pahang

  • Pantai Teluk Cempedak merupakan salah satu port yang sangat menarik untuk dijadikan tempat melepak dan bersanti kerana disini dipenuhi dengan gerai-gerai makan. Sambil makan sambil layan angin pantai, memang terbaik. Pada waktu malam disini juga sangat meriah kerana sentiasa dipenuhi dengan pengungjung sama ada datang untuk melepak atau pun makan bersama keluarga atau member. Selain itu ada juga senimana jalanan seperti pelukis, membuat kraft tangan dan pemuzik yang setia menghiburkan anda semua.

Air Terjun Sg. Pandan

Pahang

  • Bagi sesiapa yang kaki air terjun elok sangat lah datang sini. Tempat yang cantik dan memukaukan setiap pengunjung yang datang. Aktiviti-aktivit keluarga juga sangat sesuai dilakukan disini kerana airnya tidak terlalu dalam dan sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Keseronokannya juga dapat ditambahkan lagi bila dapat menadah kepala dibawah aliran air terjun sambil mandi.

Shopping Mall

Pahang

  • Tak lengkaplah kan kalau pergi melancong tak bawak balik ole-ole kan. jangan risau tau sebab dekat Kuantan ni, banyak shopping mall yang gah berdiri dan jarak antara satu sama lain tidak terlalu jauh. Antara shopping mall yang ada di Kuantan ialah EastCost Mall yang berada betul-betul dihadapan Zenith Hotel, Kuantan City Mall, Kuntan Parade, Berjaya Megamall dan Kompleks Teruntum.
  • Macam-macam barang yang ada dijual di shopping mall ini. Keadaan parking yang sangat selesa dan mudah selain tapak parking yang luas.

4. Taman Negara

Bagi anda semua yang datang ke Pahang, jangan lupa untuk datang ke Taman Negara Pahang. Disini terdapat pelbagai aktiviti yang dapat korang semua lakukan. Antara aktivit yang dapat korang lakukan di Taman Negara ialah:

Canopy Walkway

Pahang

  • Kalau korang datang ke Taman Negara, aktiviti ini salah satu aktivit menarik yang wajib korang lakukan. Canopy Walkway ini merupakan yang paling panjang dan paling tinggi di dunia. Yang paling menariknya canopy walkway ini dibina tanpa menggunakan paku malah meggunaka teknik yang tidak memberi kesan buruk kepada pokok.

Rapids Shooting

Pahang

  • Sebelum korang melakukan aktiviti ini, pastikan yang korang dah bawakan siap-siap plastik supaya tidak merosakkan barang-barang penting korang. Hal ini kerana aktiviti ini merupakan aktiviti berlumba bot yang saling menghimpit sehingga buatkan anda basah. Pengalaman ini sangat menarik dan tidak dapat dilupakan oleh korang semua.

 

Kalau nak diikutkan, banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di Pahang seperti Bukit Fraser, Pantai Cherating, sanctuary penyu dan banyak lagi. Korang harus merasainya sendiri dengan melawa tempat-tempat menarik ini.

Pastinya pengalaman ini tidak mapu dilupakan oleh anda dan keluarga. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ataupun mengeratkan lagi hubungan korang dengan teammates.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat