Sikap Tanggangjawab Merawat Seorang Penunggang Motosikal Kemalangan Mendapat Pujian Di Media Sosial
Seorang jururawat yang bertugas sebagai ‘staff nurse’ di Jabatan Kecemasan Hospital Tunku Fauziah, Kangar telah viral setalah beliau tanggungjawabnya merawat seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan telah dipuji oleh orang ramai di dalam media sosial kerana dia membawa profesisonnya itu di luar waktu dan kawasannya bekerja.
Mengikut tempat kejadian mangsa seorang penunggang motosikal tidak sedarkan diri dengan berlaku pendarahan yang keluar dari telinga mangsa. Walaupun orang awam sudah menelefon ambulans dan polis tapi masih tidak tiba selepas 30 minit.
Dalam keadaan orang ramai panik tak tau nak buat apa, seorang jururawat yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja lalu di tempat kejadian dan terus berhenti untuk membantu menstabilkan keadaan mangsa.
Setelah itu pihak JPAM tiba di tempat kejadian dan mangsa dibawa ke hospital menggunakan kenderaan jabatan itu.