GEMPAR : Lelaki Tampar Remaja MUSLIM Guna Daging Babi
LONDON – Seorang lelaki telah menggunakan kekerasan apabila tindakannya menampar seorang gadis remaja yang beragama Islam. Remaja tersebut ditampar ketika beliau sedang berjalan bersama ibunya di tempat umum. Keadaan menjadi lebih teruk apabila lelaki tersebut menampar gadis berkenaan menggunakan bungkusan daging babi sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Ilustrasi remaja Muslim di London.
Lelaki tersebut telah dipenjara selepas tindakannya yang keterlaluan mendekati seorang remaja Muslim ketika sedang berjalan, lalu menamparnya menggunakan daging babi.
Alex Chivers (36), memanggil remaja yang menjadi mangsanya itu sebagai “sampah ISIS” dan menyebut “anda layak ini” sebelum menamparnya dengan daging babi.
Ketika Chivers melakukan serangan itu, dia memakai topeng ski dan memakai helmet motosikal untuk menutup mukanya.
Dia juga bertindak dengan menutupi mulut, dagu dan lehernya dengan pakaian berwarna hitam. Bagaimanapun, polis berjaya mengesannya melalui rakaman CCTV.
Dia mengaku bersalah atas serangan agama atau perkauman yang membuatnya di penjara selama 38 minggu. Dia juga perlu membayar denda sebanyak RM650.59 dan akan melengkapkan tempoh pengawasan selama 12 bulan selepas pembebasannya nanti.
Mangsa yang sedang berjalan dengan ibunya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaaan. Walau bagaimanapun, dia sangat tertekan dengan insiden yang berlaku di Hertford Road, Enfield pada 08 Jun yang lalu.
“Ini adalah kejadian yang sangat mengejutkan. Mangsa tersebut keluar bersama ibunya, lalu didatangai lelaki yang datang menamparnya,” kata DC James Payne dari Unit Keselamatan Komuniti.
Rentetan daripada insiden, orang ramai diingatkan supaya melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada pihak polis agar si pelaku dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.