Punca Mata Menjadi Kabur Dan Mengakibatkan Sakit Kepala


Kebiasaannya sakit kepala akan datang sekali dengan kabur. Ia dikaitkan dengan visual mata dan organ dalaman badan kita. Selain berpunca daripada kesihatan mata kita yang terjejas, ia juga berpunca daripada pelbagai jenis penyakit yang kita alami.

Cara untuk merawatnya juga bergantung kepada penyakit yang dialami. Sekiranya anda pernah mengalami sakit kepala dan seterusnya disertai oleh pandangan yang kabur, anda boleh tengok beberapa senarai punca seperti dibawah.

Punca Mata Menjadi Kabur

1. Tekanan Darah Rendah

Punca utama darah rendah yang dialami oleh sesetengah individu ialah dehidrasi, masalah kesihatan jantung, kekurangan vitamin B12 dan juga mengalami sebarang pendarahan.

Tekanan darah rendah ini akan mengakibatkan beberapa gejala seperti sakit kepala, pandangan akan mula menjadi kabur, dan paling teruk akan mengakibatkan anda pengsan.

2. Migrain

Migrain biasanya terjadi apda salah satu sisi kepala yang mana bergantung kepada tahapnya. Ketika serangan sakit kepala pada tahp kemuncak, ia akan menyebabkan pandangan kita menjadi kabur. Antara kesan lain yang akan dipengaruhi oleh gejala ini ialah kurang selera untuk makan, peningkatan terhadap sensitiviti cahaya, suara dan juga bau.

Dalam erti kata lain, individu yang mengalami masalah ini tidak boleh terdedah pada cahaya yang terlalu terang, suara atau bunyi yang kuat dan juga bau yang tidak disenangi kerana akan menyebabkan mereka mudah sakit kepala.

Antara faktor yang menyebabkan seseorang individu mudah mengalami migrain ialah, kandungan garam yang tinggi atau MSG dalam makanan, minuman beralkohol dan kafein yang berlebihan. Selain itu ia juga disebabkan oleh stres, kesan perubatan atau pola perubahan tidur seseorang berubah.

Tetapi bukan sahaja migrain tetapi sebarang keadaan yang mengurangkan pengaliran darah ke otak akan menyebabkan sakit kepala dan pandangan menjadi kabur. Hal ini terjadi mungkin berpunca daripada mengalami kecederaan.

3. Glaukoma

Glaukoma atau dengan kata mudahnya ialah penyakit mata yang berpunca daripa kerosakan saraf optik. Terdapat 2 jenis Glaukoma yang kita kerap dengar iaitu sudut terbuka primer dan sudut tertutup akut.

Glaukoma sudut primer kebiasaannya jarang menunjukkan tanda-tanda gejala ini. Ia akan mengakibatkan pandangan mata secara tiba-tiba menjadi sempit.

Manakala Glaukoma sudut akut akan mengakibatkan pandangan menjadi kabur, sakit kepala, mual dan juga akan mengakibatkan muntah.

4. Gangguan Mata Yang Lain

Selain daripada antara penyakit diatas, rabun jauh atau rabun dekat juga akan mengalami kesan yang sama seperti diatas. Tambahan pula ukuran kaca mata yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan mata si pemakainya.

Katarak mata juga boleh menjadi salah satu faktor. Selain itu perubahan akibta daripada kehamilan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami simptom seperti diatas.

Namun tidak semua keadaan ini menunjukkan bahawa anda mengalami masalah kesihatan yang serius. Berjumpa lah dengan pakar sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini.

5. Keadaan Saraf Dan Pembuluh Darah

Pandangan kabur dan sakit kepala juga boleh disebabkan oleh keadaan saraf atau pembuluhan darah. Antaranya ialah kecederaan dibahagian kepala, strok atau berlakunya pecahan pembuluh darah dibahagian otak kita. Selain itu berlakunya jangkitan kuman pada otak atau saraf sekitar otak dan juga tumor boleh menjadi penyebab dalam masalah ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat