Jangan Bersungut Dan Mengeluh Dengan Takdir Anda Mungkin Ada Hikmah Disebalik Itu
Seorang kawan bersungut kepada saya,”Apalah malang nasib aku.Buat itu ini tak menjadi.”Saya segera menghentikan leterannya dan berpesan dg pesanan nabi seperti berikut.
Drp Anas,Sabda Nabi,”Barangsiapa yg bangun di awal pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup,maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan tuhannya.Barangsiapa yg menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kpd Allah.Barangsiapa merendahkan dirinya kpd orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya”.(At Tarmizi)
Kita selalu mendengar orang bercerita dg kawan hal kesusahan hidupnya,jarang orang cerita kesenangannya atau rasa syukur.Mengeluh,susah,biasalah.Mereka tak sedar mereka seolah bersungut kpd takdir Allah.Bersedih kerana tak dapat itu ini,gagal dlm usaha,kerana suatu musibah menjadi kebiasaan kita dan itu seolah olah marahkan Allah…Dua perkara ini ramai yg tidak sedar,telah melakukannya.Sebab itu apa juga yg berlaku dlm hidup,terimalah.Sebelum membuka mulut ,fikirkan dulu,bersyukurlah dahulu.Beristighfarlah jika terlintas kesedihan dihati stas apa yg berlaku.
Allah mengatakan kamu merancang dan Aku merancang,perancangan Aku lebih baik.Kita tak tahu apa Allah nak takdirkan.Kita hanya melihat kesannya yg dekat sedangkan Allah merancang seumur hidup kita.Mungkin apa yg berlaku hari ini,kesannya sepuluh atau dua puluh tahun lagi.Sebab itu Allah menyatakan, akan mendapat kemenangan kpd mereka yg bersabar.Redo pada apa juga takdir. Jaga mulut,jaga lidah,jangan cepat melatah,meratuih,mulut angan capoi sangat.Jangan berkeluh kesah.
Yg terakhir janganlah kita merendah diri kpd orang kaya kerana kekayaannya.Ini pun sama,banyak orang hormat berlebihan kpd orang berpangkat,bergelaran dan kaya.Mereka dirai berbeza dari orang lain.Tempat duduknya ,makan,cenderahati dan segalanya lebih baik dari orang ramai.Lihat saja pada majlis,termasuk kenduri kahwin,berbeza khemah,berbeza menu,berbeza cenderahati.Mereka dikata telah hilang dua pertiga agama.Banyak orang buat perkara ini.Mungkin ada orang juga akan memberi alasan,terpulanglah,saya kadar mengingatkan.
Adab dalam mengundang tetamu ditentukan oleh Islam:Tetamu yg diundang hendaklah diutamakan orang bertakwa.Hadis,”Janganlah kamu bersahabat kecuali dg orang mukmin dan jangan memakan makananmu melainkan orang bertakwa”(ahmad,Abu Daud dll)
Jangan memilih tetamu yg kaya sahaja kerana perbuatan itu keji.Tujuan mengundang tetamu bukan utk bermegah tetapi utk berkasih sayang.Jangan juga mengundang orang yg kehadirannya boleh menyakitkan hati sebahagian tetamu.
Dalam hidup ini,kita kena berjaga diantara dua hujung.Di satu pihak kita berbuat amal soleh,di satu hujung lagi,elakkan berbuat dosa.Belajar berbuat baik,belajar juga meninggalkan yg tidak baik, terutama dosa yg tidak terasa seperti dosa dari lidah.Wallahu a’lam.abdghaniharoni