Arab Saudi Mula Bom Yaman


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Arab Saudi mengumumkan pelancaran kempen ketenteraan di Yaman semalam selepas pihak pemberontak menguasai sebahagian besar negara tersebut.

Menurut duta Arab Saudi di Amerika Syarikat (AS), Adel al-Jubeir memberitahu bahawa Arab Saudi adalah sebahagian dari gabungan 10 buah negara yang akan menghentikan kemaraan pihak pemberontak Houthi.

“Kami akan buat apa sahaja untuk melindungi negara kami,” kata Adel dipetik dari New York Times. Bagaimanapun, Adel tidak memberitahu nama-nama negara terlibat dalam gabungan tersebut, namun mengatakan terdapat negara Teluk Parsi lain terlibat.

Beliau juga menafikan penglibatan AS dalam operasi tersebut.

Image result for arab saudi mula bom yaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat