AYAM POTONG : Cash Lori Bukan Loan


ABANG MENIAGA AYAM POTONG BELI LORI CASH

POSTING NI KHAS UNTUK Faiz Sufi..

Aku suka baca cerita hang jual nasik lemak…memang tabik dengan semangat hang..

Mai aku nak cerita kisah brader meniaga nasik lemak boleh beli lori cash RM38,000 sebagai inspirasi untuk hang, aku dan sapa-sapa yang baca posting ni.

Aku kenai abang ni dah lama. 4 tahun lepaih, masa aku mula pindah dok sini. 4 tahun aku observe dia. Masa tu dia meniaga nasik lemak dengan kueh depan surau kat rumah aku.

Nasik lemak dia sedap..dia tak bungkuih siap-siap. Sapa mai beli baru dia bungkuih. So sambil bungkuih nasik dia boleh bersembang dengan klien dia, customer servis baguih..Aku ingat lagi nasik lemak dia murah gila.

 

download (9)

 

Nasik lemak dengan teloq goreng seringgit setengah ja kot..nasik banyak. Sambai sedap. Kueh pun 4 bijik seringgit. Mana ada kat KL ni orang juai 4 bijik seringgit dah..Kot belah Kedah kita nu ada la…

Dia tak kedekut. Kadang-kadang nasik lebih. Beli kueh pun bagi lebih. Bihun goreng seringgit macam portion 2 ringgit. Satu lagi aku perasan abang ni peramah dan mudah senyum..mesra dengan pelanggan lah senang cerita.

Setahun ja dia meniaga nasik lemak. Tahun kedua dia start jual ayam gunting. Dia buat franchise. Mula-mula meniaga dia beli 60 ketoi ayam. Harga ayam RM30. Tolak minyak apa bagai dapat la untong bersih 3 kupang seketoi ayam..

3 bulan lepaih tu franchisor naik harga 6 ringgit. 2 bulan lepas tu naik lagi. Dalam setahun naik sampai 3 kali.

Cukup setahun buat franchise, dia keluaq buat sendiri. Tak tahan bahan mentah mahai. Margin kecik. Dia beli ayam sendiri, potong sendiri dan buat resipi sendiri. Jimat..

Meniaga Isnin sampai Jumaat. Sabtu Ahad kerja dia potong ayam ja. Lokasi dia pilih memang strategik. Depan sekolah. Memang laku la. Sepotong ayam jual seringgit ja. Murah. Budak sekolah pakat beli. Dia meniaga kat depan sekolah ni dari pukul 1 petang sampai 6 petang. Memang time budak pi dan balik sekolah.

 

images (1)

 

Malam pulak dia bawak lori dia pi meniaga di Uptown Jalan Reko. Sehari kat depan sekolah tu saja dia dapat jual 300 keping ayam potong. Belum kira sales kat uptown.

Cukup 4 tahun meniaga dia beli lori dalam gambaq tu RM38,000 cash. Baru beli tahun ni..Tokey juai lori tu pun terkejut. Biasa orang beli loan, dia beli cash.

Dia habaq kat aku, masa dia mula-mula juai nasik lemak lagi dia dah target nak beli lori cash….nampak tak. Matlamat akhir tu penting. Baru kita boleh plan macam mana nak capai matlamat tu..

Nampak macam lekeh ja meniaga ayam potong kan? Tapi masyuk…Biaq nampak lekeh dari nampak gah tapi kosong.

Dekat ja ni dengan tempat hang dok juai nasik lemak tu. Ada masa pi la sembang dengan dia..lepaih tu boleh belanja aku teh tarik segelaih dua…

Tergeliat jugak jari nak taip bahasa Kedah ni…selalu dok tulis Bahasa Melayu Tinggi ja..

Fauzi Ahmad's photo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat