“Waze Bawak Dia..” Lori J&T Lalu Tepi Pantai, Ramai Anggap Sesat Buat Warganet Terhibur
Kadang kala perkara yang simple pun boleh membuatkan kita ketawa terbahak-bahak. Perkara kecil sahaja, tapi mampu membuatkan kita tersenyum lebar dan bahagia.
Mungkin itu adalah sebagai salah satu treatment untuk kita di dunia ini. Kerna hidup bukan sahaja untuk menangis, bersedih namun juga untuk kita ketawa dan bahagia. Tengok kanak-kanak comel pun boleh terhibur, tengok orang nak jatuh pun berasa lucu teramat sangat.
Malah apa yang lebih membuatkan kita terhibur adalah bila mana ada kejadian yang tidak pernah berlaku namun berlaku di hadapan mata. Bukan perkara yang menakutkan atau menyeramkan namun melucukan.
“Waze Bawak Dia..” Lori J&T ‘Sesat’ Lalu Tepi Pantai, Ramai Warganet Terhibur
Seperti mana yang viral di aplikasi TikTok berkenaan dengan sebuah lori J&T yang menggunakan laluan di tepi pantai. Laluan tersebut tidak digunakan oleh kenderaan lain namun lori tersebut dilihat selamba menggunakan laluan pantai berkenaan.
Kemungkinan besar lori tersebut sesat sewaktu dalam pencarian rumah pelanggan. Mungkin juga waze yang dilihat membawa dia menggunakan jalan tersebut. Menerusi video tersebut, dapat dilihat sebuah lori J&T sedang menuju ke arah kanan perakam video ini. Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui dengan lebih jelas dari jalan mana lori tersebut datang.
Menurut wanita yang berkongsi video ini, menurutnya lori tersebut dilihat sekitar jam 6.30 petang ke 6.45 petang. Lokasi tersebut adalah di Tg Lompat Desaru.
Ekoran kejadian yang jarang-jarang berlaku dan jarang dilihat oleh orang itu, ramai yang terhibur melihat lori tersebut menggunakan jalan pantai itu. Malah tukang rekod video berkenaan juga turut sama terhibur.
Tengah healing tu..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang berseloroh menyatakan, tengah healing tu. Tidak kurang juga ada yang menulis, patutlah tak ramai pick up parcel nya. Pergi pantai rupanya.
“Tengah healing tu”, tulis mawaddah
“Patutlah tak mai pick up parcel-parcel aku erk. Pi pantai rupanya”, tulis Siti Rh.
Mungkin juga pemandu berkenaan sudah biasa menggunakan jalan pantai tersebut. Barangkali lebih dekat dan lebih mudah. Korang jangan pula ambil serius pasal kejadian tersebut, lori J&T atau pemandunya juga orang biasa. Sekali sekala lalu jalan tersebut rasanya tiada masalah.
Sekadar makluman, J&T merupakan salah satu syarikat logistik yang berasal dari negara seberang iaitu Indonesia. Nama J&T diambil dari dua nama Jet Lee dan Tony Chen. Syarikat dari bekas Pegawai Eksekutif Oppo ini dibangunkan pada tahun 2015.
Syarikat ini kemudiannya berkembang ke Malaysia dan Vietnam pada tahun 2017 dan di Filipina serta Thailand pula pada tahun 2018. Manakala di Singapura dan Kemboja pula pada tahun 2019. Dan negara terakhir setakat ini adalah negara China pada tahun 2020.
Betapa majunya syarikat logistik ini kerana di Malaysia sendiri terdapat lebih dari 20 buah cawangan, itu belum termasuk lagi di negara lain. Malah setakat Jun 2017, syarikat ini dinilai sebanyak 543 juta dolar.
Sumber: TikTok syuuu
Baca juga: Datuk Seri Anwar Janji Akan Potong Gaji & Elaun Perdana Menteri Jika Beliau Bergelar PM Ke 10