Tips Berkesan Untuk “Move On” Dengan Orang Tersayang


“Mencintai tidak semestinya memiliki.” Perkara biasa apabila bercinta dan putus cinta, tetapi penangan putus cinta ini luar biasa. “Move On” bukan bermaksud membenci bekas pasangan, malahan ia adalah satu cara untuk membuang segala rasa cinta yang masih tersisa dihati.

 

 5 Tips Untuk Move On

1. SIBUKKAN DIRI

Melakukan pelbagai aktiviti supaya anda tidak lagi memikirkan kenangan bersama si dia. Jika anda asyik bersendirian, hal ini akan membuatkan anda berasa lebih sukar untuk move on.

Mungkin selama ini anda asyik terperap didalam rumah dan bersedih, maka ini lah peluang untuk anda meluangkan masa untuk diri sendiri contohnya dengan melakukan senaman. Ia akan membuatkan tubuh badan anda sihat malahan membolehkan anda melupakan si dia dengan lebih mudah.

 

2. LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA DAN RAKAN

Kenangan akan membuatkan kita terbuai dengan perasaan yang sedih. Apabila kenangan bersama si dia menjelma di benak fikiran, sudah tentu anda akan berasa sedih dan tidak mampu untuk menanggung segala kesedihan ini sendirian. Habiskan banyak masa bersama mereka yang tersayang iaitu keluarga dan rakan seperti keluar bersama. Ia adalah satu terapi yang baik kepada diri anda untuk melupakan si dia.

 

3. MEMAAFKAN SI DIA

Hati akan menjadi lebih tenang apabila anda memaafkan orang lain walaupun bukan mudah untuk melupakan apa yang sudah si dia lakukan tapi biarkan saja hal itu.

Fikir secara positif, kerana Allah akan menggantikan diri si dia dengan seseorang yang jauh lebih baik. Cara ini mampu membuatkan anda berasa lebih tenang.

 

4. BERHENTI MENGHUBUNGINYA

Ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius sebagai langkah awal untuk move on. Untuk lebih mudah anda perlu block semua akaun laman sosialnya sama ada facebook, instagram, twitter mahupun whatsapp.

Jangan cuba untuk menghubunginya lagi. Memang sukar untuk melupakan seseorang yang amat kita sayangi tetapi jika terus melayan perasaan sebegini anda akan terus berada dalam dunia kesedihan yang tiada hujung pangkalnya.

 

5. MULAKAN HIDUP BARU

Si dia mungkin meninggalkan kenangan yang terlalu indah untuk dilupakan tetapi yang pasti, apa yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Perkara yang paling penting adalah anda perlu menerima kenyataan. Buka hati anda dan beri peluang untuk diri sendiri membuktikan bahawa anda mampu bahagia.

 

Sebenarnya Move On adalah bukan satu perkara yang sukar, tetapi diri anda sendiri yang takut untuk memulakan hidup tanpa orang yang anda sayangi.

Hal ini dapat merosakkan jiwa anda jika sedih secara terus menerus. Hati perlu kuat untuk menerima semua ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Ambillah masa sebanyak mana yang anda perlukan kerana melupakan itu satu perkara yang amat sukar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat