Cermin Kalis Peluru Gagalkan Penyamun Mencuri Emas!
Kebodohan penyamun untuk mencuri emas dalam suatu kejadian di Petaling Jaya telah gagal oleh kerana kaunter kaca yang berisi emas itu adalah kalis peluru. Sekumpulan penyamun itu telah menggunakan penukul untuk memukul kaunter kaca tersebut dengan sepenuh tenaga, tetapi tidak dapat memecahkan material itu dan terpaksa lari dengan tangan kosong.
Kejadian itu sempat direkodkad oeh CCTV yang berada di kedal emas tersebut. Supt. Nek Zaidi Zakaria mengesahkan enam suspek telah terlibat di dalam kes samun itu. Kedai Emas Sri Alam yang berada di dalam sebuah pusat membeli belah di Shah Alam telah memuatnaik sebuah video daripada CCTV pada laman sosial Facebook dan menjadi viral ke seluruh dunia. Termasuklah 9gag!
Video yang berdurasi 42 saat itu menampakkan dua penyamun yang sedang memukul kaunter kaca dengan penukul, sementara pekerja di kedai itu lari menyelamatkan diri. Penyamun lain sedang memerhatikan keadaan tersebut dengan memegang sepucuk pistol. Keempat-empatnya memakai helmet dengan visor yang di-tinted. Mereka dengan penuh semangat dilihat mahu mencuba memecahkan kaunter tersebut tetapi masih gagal.
Kata seorang pekerja yang bertugas pada hari itu, kejadian telah membawa kerugian sebanyak RM80,000.
“Kami belum melihat stok secara sebetulnya lagi tetapi mengikut apa yang saya nampak, penyamun itu tidak melarikan apa-apa.” katanya.
Kata pekerja kedai emas itu juga, pemiliknya telah merancang untuk membuat kaunter kalis peluru yang lebih berkualiti tinggi daripada yang kontraktror telah bina pada kaunter sekarang. Di dalam page Facebook Kedai Emas Sri Alam itu telah ditutup untuk dua minggu untuk penambahbaikan dan akan dibuka seperti biasa setelah siap.
Ketua Polis Daerah, Comm. Datuk Mazlan Mansor mengatakan telah ada pasukan petugas untuk menyiasat semua kes rompakan di Selangor, termasuk di Shah Alam. Tiada apa-apa kecederaan yang dilaporkan berlaku. Sekarang video itu menjadi bahan tawaan netizen!
Lihat video di bawah: