Langkah-Langkah Menghadapi Banjir


Banjir. Memang sekarang ialah musimnya. Kami kongsikan kepada anda langkah-langkah menghadapi banjir kepada anda. Diharapkan ianya dapat membantu anda untuk membuat persediaan.

Apa itu banjir?

  • Banjir ialah bencana alam yang berlaku apabila air menenggelami sesuatu kawasan. Ia juga boleh disebut sebagai bah.
  • Banyak faktor yng boleh menyebabkab banjir. Antaranya ialah hujan yang berterusan, hakisan sungai, kemusnahan hutan, dan juga sistem perparitan yang tidak terancang.
  • Kesan banjir ialah kerosakkan fizikal dan pencemaran bekalan air. Selain itu, banjir juga boleh meragut nyawa  jika kita tidak berhati-hati dan ia juga dapat melumpuhkan ekonomi sesebuah negara.
  • Jika kita tinggal di kawasan yang sering mengalami banjir, sentiasa peka dan bersiap sedia untuk bertindak.

Apakah langkah-langkah menghadapi banjir?

Sebelum berlakunya banjir

  1. Pastikan lokasi pusat pemindahan yang berdekatan dengan anda.
  2. Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkaitan.
  3. Pastikan sistem perparitan di kawasan rumah anda tidak tersekat.
  4. Letakkan haiwan peliharaan anda di tempat yang selamat.
  5. Letakkan kenderaan anda di kawasan yang tidak dinaiki air dan pastikan ia berkunci.
  6. Sediakan barang keperluan asas yang penting seperti ubat-ubatan, susu anak, lampu suluh dan peralatan-peralatan lain.
  7. Simpan nombor telefon yang penting untuk kegunaan anda semasa berlaku sebarang kecemasan.
  8. Letakkan dokumen penting di dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.
  9. Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi untuk kegunaan anda.
  10. Pastikan seluruh keluarga anda tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan jangan panik.

Semasa berlakunya banjir

  1. Pindahkan peralatan di dalam rumah anda ke tempat yang paling tinggi di dalam rumah.
  2. Pastikan dokumen penting anda tidak ditenggelami air dan bawa bersama jika anda diarahkan untuk berpindah.
  3. Jangan sesekali sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh.
  4. Jangan minum atau menggunakan air yang belum dimasak.
  5. Jangan meredah banjir sesuka hati anda.
  6. Jangan biarkan ahli keluarga anda bermain air banjir tersebu. Pantaulah anak-anak anda.
  7. Pindah ke pusat penempatan mangsa banjir juka anda diarahkan untuk berbuat demikian. Untuk kemudahan anda, berpindahlah awal atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
  8. Sentiasa peka dengan perkembangan banjir yang diwar-warkan melalui televisyen dan juga radio.
  9. Pastikan bekalan elektrik, air dan gas ditutup semasa anda meninggalkan rumah.
  10. Ikut laluan yang telah ditetapkan.

Selepas berlakunya banjir

  1. Basuh tangan dengan sabun sebelum anda menyentuh apa-apa jenis makanan.
  2. Pastikan anda minum air yang telah dimasak.
  3. Kembali ke rumah anda apabila dibenarkan untuk berbuat demikian.
  4. Periksa keadaan rumah anda, dan pastikan ianya selamat untuk anda sekeluarga diami.
  5. Masuk ke rumah dengan memakai kasut dan berhati-hati.
  6. Periksa paip gas rumah anda yang berkemungkinan bocor.
  7. Periksa bekalan elektrik rumah anda.
  8. Periksa kerosakan tangki septik bagi mengelakkan berlaku sebarang bahaya biologi.
  9. Buang bahan makanan yang terendam dalam air banjir.
  10. Laporkan kerosakan harta benda anda kepada pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat