14 Kebaikan Vaseline Yang Wajib Anda Ketahui


Di kalangan wanita pasti tidak asing lagi dengan produk Vaseline ini. Kebanyakan wanita pasti mempunyai produk Vaseline ini. Vaseline ini merupakan salah satu produk penjagaan kulit yang sangat mengagumkan, serta sangat popular dan dipercayai ramai. Produk Vaseline ini boleh didapati di mana-mana kedai berdekatan anda. Produk Vaseline ini juga turut dijual pada harga yang sangat-sangat bebaloi untuk para pengguna. Semua golongan boleh memilikinya termasuklah golongan pelajar. Selain harganya yang berpatutan Vaseline juga menpunyai banyak kebaikan yang kita tidak tahu. Antaranya ialah:

1) BULU MATA

Bulu mata yang panjang pasti membuatkan mata tampak lebih cantik. Anda boleh menggunakan Vaseline dengan cara sapukan sedikit pada bulu mata sebelum tidur. Lakukan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah bulu mata anda akan bertambah panjang.

2) TELAPAK KAKI

Sememangnya telapak kaki kita akan mudah merekah terutama yang bekerja terpaksa banyak berjalan. Telapak kaki yang lembut dan licin pastinya menjadi idaman setiap orang. Sapukan Vaseline pada telapak kaki setiap hari sebelum tidur. Kemudian pakai stokin semasa tidur. Esok apabila anda bangun pagi, anda dapat rasakan telapak kaki anda yang lebih lembut dan halus.

3) SIKU

Siku hitam atau kering? Pasti ramai yang mengalaminya. Anda juga boleh Vaseline dengan cara sapukan Vaseline setiap hari dan lama kelamaan siku anda tidak akan hitam seperti sebelumnya dan kulit tak akan kering lagi.

4) KUKU

Nak kuku cantik? Sapukan Vaseline ini pada cuticles atau di hujung kuku anda. Sapu tiga kali sehari untuk mendapatkan kelembutan dan kecantikan pada cuticles anda.

5) BIBIR

Pasti ramai yang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir hitam. Anda boleh sapukan Vaseline ini setiap malam sebelum tidur. Selepas itu, bibir anda tidak kering lagi. Anda boleh memakai lipstick dengan mudah.

6) LIP GLOSS

Tak ada bajet beli lip gloss, guna saja Vaseline ini sebagai ganti. Selain bibir akan tampak lebih menarik, ia juga dapat menjaga kelembapan bibir anda.

7) MINYAK WANGI TAHAN LAMA

Nak minyak wangi tahan lama sehingga berjam-jam, sebelum sembur minyak wangi itu, pakai dahulu Vaseline di tangan, leher dan kemudian baru sembur. Hasilnya cukup mengagumkan, keharuman bau minyak wangi kita itu akan kekal lebih lama.

8) JERAWAT

Sapukan Vaseline di bahagian yang tumbuh jerawat dan ia boleh mengecutkan jerawat tersebut.

9) PELEMBAP MUKA

Muka kering atau berkedut? Pemakaian Vaseline tidak akan mengakibatkan liang-liang pori tersumbat. Malahan penggunaan Vaselin dapat menjadikan kulit muka lebih halus dan bersinar. Sifat anti penuan yang merupakan salah satu kebaikan Vaselin dapat melembutkan kulit yang kering dan berkedut. Gunakan Vaselin sebagai krim malam dan sapukan di bahagian kulit anda setiap kali sebelum tidur.

10) LUTUT HITAM

Ada masalah lutut kering atau hitam? Anda boleh juga letakkan Vaseline ini.

11) SCRUB BADAN

Vaselin juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk dijadikan scrub badan. Caranya sangat mudah, campurkan Vaseline dengan garam laut kemudian scrub badan anda.

12) MAKE UP REMOVER

Sentiasa bawa Vaseline dan letak dalam beg. Masa nak buang make up, ambil Vaseline ini dan sapukan di muka. Make up akan lebih mudah untuk dibersihkan.

13) BLUSHER

Mesti tak percayakan Vaselin juga boleh dijadikan sebagai blusher. Ambil lipstick dan campur dengan Vaseline kemudian sapukan di pipi kemudian ratakan dan siap. Selain menambahkan lagi kecantikan anda, ia juga bagus untuk kulit berbanding produk lain.

14) MELEMBABKAN RAMBUT

Yang nak rambut lebat dan tak bercabang boleh sapu di hujung rambut. Boleh juga sapu di rambut baby supaya rambut akan tumbuh lebih lebat dan cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat