5 Punca Utama Penipuan Yang Berkaitan Dengan Ibadah Umrah Di Malaysia Bermaharajalela!


Terdapat banyak ruang dan peluang untuk melakukan penipuan pakej Umrah/Ziarah oleh syarikat-syarikat pengendali Umrah sama ada berlesen mahupun dak berlesen, serta individu-individu yang dak bertanggung- jawab di sepanjang rantaian pengendalian Umrah/Ziarah tersebut.

Majlis Kawal Selia Umrah telah mengenal pas antara punca-punca utama penipuan pakej Umrah/Ziarah di Malaysia adalah seper berikut:

1. Penjualan visa semata-mata oleh agensi-agensi pelancongan yang bertaraf Muasassah kepada pihak ke ga (syarikat-syarikat pelancongan yang bukan bertaraf Muasassah, syarikat pelancongan yang ada lesen outbound, agen-agen yang dak berlesen dan individu-individu persendirian).

Penjualan visa Umrah tanpa kawalan ini telah membuka ruang dan peluang terbesar kepada pihak-pihak yang dak bertanggungjawab untuk memanipulasi kelemahan sistem pengurusan pengendalian Umrah sedia ada kerana penipuan tersebut dak dapat dikesan sehinggalah mangsa tampil membuat aduan.

Agen-agen syarikat pelancongan sama ada berlesen atau pun dak berlesen berleluasa menjual pakej-pakej Umrah atau pun visa semata-mata tanpa kawalan. Kerajaan Arab Saudi dak membenarkan Umrah Do It Your- self (DIY) dan menegaskan pembelian pakej Umrah mes lah melalui syarikat-syarikat Muasassah yang berlesen sahaja. Syarat-syarat lesen yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan juga jelas menggariskan bahawa syarikat-syarikat pelancongan dak dibenarkan menjual visa sahaja di mana ia melanggar syarat-syarat yang dikenakan di bawah peraturan- peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan atau Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992.

2. Tiada ciri-ciri pengenalan yang jelas bagi syarikat-syarikat dan agen-agen penjualan pakej umrah.

Majlis Kawal Selia Umrah telah mengkaji dan mendapa bahawa salah satu punca utama penipuan pakej umrah sangat mudah dilakukan adalah kerana rakyat beragama Islam di Malaysia dak dapat mengenal pas dengan mudah dan dengan jelas lesen bagi syarikat yang boleh melaksanakan pakej umrah. Pada masa yang sama, orang awam juga dak dapat mengenal pas dengan mudah kesahihan agen-agen penjualan umrah yang berleluasa pada masa kini.

3. Tiada sistem pemantauan yang komprehensif dan efek f untuk memantau rantaian pengurusan pengendalian pakej Umrah/Ziarah.

Kementerian mempunyai bilangan pegawai penguatkuasaan yang terhad untuk memantau pengendalian Umrah/Ziarah yang melangkaui 200,000 orang jemaah setahun di bawah kendalian lebih daripada 300 syarikat pelancongan pengendali Umrah di Malaysia. Proses pemantauan pada masa kini adalah lebih bersifat manual di mana pegawai penguatkuasa Kementerian perlu berada di lapangan bagi tugasan pemantauan, risikan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

4. Penjualan Visa dan pakej umrah secara dalam talian.

Kecanggihan dunia teknologi tanpa sempadan pada masa kini turut membuka peluang kepada pihak yang dak bertanggungjawab untuk menjual visa dan pakej Umrah/Ziarah kepada orang ramai secara berleluasa khususnya melalui media sosial. Apabila ini berlaku, orang ramai yang tertarik untuk membeli pakej Umrah/Ziarah tetapi dak dapat mengenal pas kesahihan seseorang agen atau sesebuah syarikat yang berlesen dan tulen amat mudah terjebak ke dalam kancah penipuan ini. Antara kes penipuan ini adalah penjualan ket kapal terbang dalam talian di mana bayaran telah pun dibuat namun ket penerbangan dak diperolehi.

5. Akses yang terhad kepada maklumat mengenai pengurusan pengendalian pakej umrah.

MKSU juga mendapa dalam keghairahan rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah Umrah/Ziarah ini disebabkan kuota Haji yang terhad menyebabkan rakyat amat mudah terpengaruh dengan penawaran pakej Umrah/Ziarah yang palsu kerana dak mengetahui bahawa:

i. Pengurusan Pengendalian pakej Umrah/Ziarah adalah di bawah bidang kuasa dan kawal selia Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia;

ii. Sebelum ini, hanya syarikat pelancongan yang mempunyai lesen outbound sahaja boleh mengendalikan pakej Umrah/Ziarah;

  1. Rakyat juga dak dapat menyemak sama ada pakej Umrah/Ziarah yang dibeli telah dimuktamadkan atau sempurna pengurusannya; dan
  2. Rakyat dak mengetahui saluran aduan rasmi untuk menyalurkan aduan jika penyampaian perkhidmatan pakej Umrah/Ziarah yang dibeli dak sempurna seper yang dijanjikan ataupun jika berlaku sebarang penipuan seper terkandas atau langsung dak dapat menunaikan ibadah Umrah/Ziarah).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat