Hentikan Provokasi Chauvinis Melampau
Pada zaman kepimpinan Mao Ze Dong, Han Chauvinisma tidak dibenarkan kerana menggugat perpaduan lima bangsa besar di China. Namun bermula dari penerapan Dasar Ekonomi Normal Baru, fahaman Han Chauvinisma dihidupkan kembali terutamanya di kawasan-kawasan tertentu seperti Hong Kong. Fahaman Han Chauvinisma bermula dengan kajatuhan Dinasti Qing.
Untuk meningkatkan kesetiaan dan keunggulan bangsa Han, Parti Kuomintang yang memerintahkan China pada masa itu menyemarakkan fahaman ini. Fahaman Han Cahuvinisma diharamkan kerana membawa pengaruh feudalis kapital ke atas ekonomi China yang mengalang kemajuan dan pembangunan China. Melalui keterbukaan dasar ekonomi Normal Baru yang dicadangkan oleh Presiden Xi Jin Ping, golongan ekstremis di kawasan luar China ingin menghidupkan kembali Han Chauvinisma.
Mereka kini cuba mengambil alih Hong Kong dengan slogan kebebasan dan ideologi kapitalis. Bagi mereka idea sosialis dapat diterima mengikut dogma pemikiran Sun Yat Sen bukannya dogma pemikiran Mao atau Deng Xiao Peng. Ini kerana peraturan komunis yang ketat terhadap golongan opportunis kapitalis disebabkan keterbukaan dasar ekonomi Normal Baru.
Akan tetapi..
Akan tetapi China telah menggunakan jalan diplomasi ke atas Hong Kong semenjak belaku rusuhan dan demontrasi setelah belajar dari kejadian Tainamen 1990. Yang menariknya ialah kelompok ini telah mengembangkan pengaruhnya terhadap politik Cina Malaysia. Dalam konteks Han Chauvinisme, bangsa-bangsa lain dianggap tidak jujur dan tidak mengcukupi dari segi kecerdasan ekonomi dan sosial.
Kemajuan ekonomi dan sosial China adalah disebabkan oleh kekuatan dan kehebatan bangsa Han yang telah berjaya mengembangkan China selama 30 tahun menjadi kuasa ekonomi dunia. Di Malaysia, kelompok ini menjdi kesukaan kerana etnik Cina diberi ruang dan peluang yang sama dari segi ekonomi dan politik. Meskipun ada halangan yang disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan terdahulu yang lebih utamakan etnik pribumi.
Meskipun begitu, ini tidak menghalang dominasi politik dan ekonomi etnik Cina. Ini disebabkan oleh pemecahan lemah politik pribumi yang bergantung sepenuhnya terhadap politik Cina untuk bertahan dalam Pilihanraya Umum. Seterusnya, jika dilihat dari aspek ekonomi, keusahawanan bangsa pribumi masih di tahap yang tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh hakikat bahawa majoriti bangsa pribumi lebih memilih makan gaji meskipun berpendidikan tinggi.
Akhirnya..
Akhirnya, bergelut dalam psikologi ekonomi Hamba dan Tuan. Ekonomi yang dikuasi oleh etnik Cina sejak kemerdekaan belum ditembusi oleh etnik pribumi. Meskipun bantuan pemerintah sebelumnya tidak berkesan dalam mewujudkan golongan elitis ekonomi dan polotik. Daripada meluas dan memburukkan ekonomi kepada rakyat marhean.
Akibatnya, negara ini semakin berkembang namun generasi etnik pribumi yang makan gaji akhirnya menerima keunggulan ekonomi dalam populasi etnik Cina Malaysia. Kelemahan ekonomi etnik pribumi kerana kebergantungan kepada kerajaan. Setiap dasar yang ditubuhkan oleh kerajaan akan menentukan sokongan undi mereka. Apa yang telah terjadi ialah dasar kerajaan yang telah berubah daripada ekonomi tradisional kepada ekonomi moden yang menyebabkan beberapa dasar kurang popular dalam kalangan etnik pribumi.
Hal ini diperkuatkan lagi oleh peperangan persepsi dalam politik baru dan akhirnya dominasi parti etnik pribumi telah berubah. Perubahan sokongan kepada etnik bukan pribumi terutamanya Cina amat mustahak dalam kemenangan pilihanraya umum. Tuntutan dan desakan etnik pribumi terpaksa dipenuhi mahu tidak mahu termasuklah perlanggaran ke atas kontrak sosial. Kadang-kadang tindakan perlanggaran kontrak soaial tidak dianggap sebagai jenayah.
Ini menyebabkan…
Ini menyebabkan kaum chauvinis semakin berani mempersoalkan apa yang telah dipersetujui sejak merdeka. Kemelut ini menggambarkan mereka kebal dengan apa yang mereka lakukan. Peraturan Rule Of Law hanya terpilih dan tidak universal untuk memastikan keharmonian dan keamanan tidak dituntut oleh Chauvinis.
Di China, para Han Chauvinis tidak dilayan walaupun China kini mengamalkan keterbukaan. Namun di Malaysia, golongan Chavinis semakin berani kerana berpegang pada slogan kebebasan bersuara. Adakah kerajaan hanya bergantung kepada sokongan daripada kumpulan minoriti tertentu dan bukannya sokongan majoriti rakyat di negara ini? Dengan menganggap ini adalah arahan negara, sukar untuk majoriti untuk menerima minoriti jika peralihan kuasa berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Kelemahan-kelemahan ini telah dieksploitasi oleh kaum chauvinis dari golongan chauvinis bangsa atau agama oleh etnik bukan pribumi. Integrasi perpaduan hanya dilihat pada kulit bukan pada isinya. Keadaan ini dipicu oleh kekurangan kawalan undang-undang ke atas kumpulan chauvinist yang telah menyebabkan kemusnahan hubungan etnik di negara ini.
Sepatutnya mana-mana pihak yang mengawal kerajaan semasa harus menetapkan had apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.Sebagai contoh, komik inisiatif jalur dan laluan. Masalahnya ialah sudah waktunya kerajaan menetapkan garis panduan yang jelas bagi ahli politik untuk menjadi parti pemerintah dan bukannya terikut sikap lama.
Hubungan antara etnik mesti dikekalkan dan pada masa yang sama kemakmuran dalam pengagihan kekayaan mestilah adil kepada majoriti masyarakat di negara ini. Meskipun dianggap normal oleh sebilangan kecil masyarakat, itu tidak semestinya diterima oleh masyarakat majoriti. Kepekaan masyarakat harus diutamakan untuk keharmonian negara ini.