13 Sifat Anak Bongsu Yang Perlu Anda Ketahui
Anak bongsu lebih kepada anak manja keluarga dan mempunyai sifat yang agak susah untuk difahami dengan jelas. Mungkin 13 Sifat Anak bongsu ini dapat membantu untuk lebih memahami sifat sebenar anak bongsu atau persiapan untuk kahwin dengan pasangan anak bongsu. Semoga manfaat.
1. Agak susah nak faham
Kerana mereka lebih memahami isi hati dan pandangan ibu bapa
2. Bila rasa kecewa, suka pendam sendiri
Kerana pernah nampak abang akak mak ayah bersusah payah dulu.
3. Walaupun kurang matang tapi pandai berdikari
Sebenarnya matang tapi sesekali perlu bermanja . Bukan nak tunjuk ketidak matangan tapi lebih pada mengawal ketegangan dalam sesuatu situasi.
4. Kadang-kadang suka buat andaian
Walaupun keluar paling lambat dalam dunia tapi lebih nampak perjalanan masa depan kerana belajar dari pengalaman yang atas-atas
5. Senang merajuk tapi cepat sejuk
Tidak pernah merajuk cuma luahkan ekspresi dalaman supaya orang sekeliling faham dan menerima apa yang kita rasa, anak bongsu pandai main politik.
6. Tak suka kena compare
Atas diri masing-masing membesar dengan keluarga macam mana.
7. Selalu korban diri sendiri
Kerana belajar dari ibu bapa apa erti pengorbanan. Duit bukan segalanya.
8. Jenis berani buat berani tanggung
Berdasarkan pengalaman abang2 akak2 , anak bongsu lebih memahami pepatah “Fikir dahulu sebelum bertindak”.
9. Jenis yang suka ceria
Untuk mengimbangi keseimbangan perasaan cemburu oleh orang sekeliling. Anak bongsu lebih suka perkara yang adil. Kalau salah, dia tetap salah.
10. Sifat manja dan suka dimanjakan
kerana bermanja dapat mengurangkan stress, sifat manja keluar apabila keadaan disitu terlalu tegang. Mungkin bukan secara tersurat, mungkin secara tersirat.
11. Lemah dengan pengurusan duit , boros tapi suka belanja orang
Pegangan anak bongsu “Harta boleh cari, kasih sayang hanya pada manusia”.
12. Tidak suka mengeluh dan menerima seadanya
Sudah biasa memendam rasa dari kecil.
13. Tidak suka susahkan orang lain
Sebab sentiasa melihat kepayahan orang sekeliling semenjak kecil lagi, anak bongsu nampak senang tapi kesenangan untuk dikongsi. Anak bongsu nampak susah, tapi susah demi kesenangan masing-masing