Malaysia Tolak Kriptowang Sebagai Medium Pembayaran Yang Sah Kerana Dianggap Tidak Sesuai


Kriptowang atau cryptocurrency semakin mendapat perhatian warganet khususnya bagi yang minat dalam bidang pelaburan bagi meraih pulangan yang lumayan.

Kriptowang juga dilihat mempunyai kelebihan berbanding wang fiat atau wang tunai dan dilihat relevan untuk dijadikan sebagai medium pembayaran. Penggunaan kriptowang juga telah diterima pakai bagi beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia.

Dalam sidang parlimen yang berlangsung semalam, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Shahar Abdullah telah mengumumkan pengumuman Bitcoin adalah tidak sesuai untuk digunakan sebagai medium pembayaran disebabkan beberapa faktor seperti risiko digodam serta harganya yang tidak menentu.

kriptowang dilihat memiliki risiko tinggi untuk disahkan sebagai medium pembayaran tempatan

Respon ini diberikan selepas terdapat cadangan untuk mengesahkan penggunaan Bitcoin sebagai salah satu usaha menarik minat anak muda menyertai dunia kriptowang.

Awal minggu ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul turut mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk membenarkan penggunaa Bitcoin sebagai medium pembayaran yang sah dalam Malaysia.

Difahamkan, Bank Negara Malaysia turut mengkaji potensi penggunaan matawang digital pada Januari lalu.

Walaupun dikatakan dapat menarik minat anak muda, sesetengah negara yang membenarkan penggunaan Bitcoin dilihat tidak mendapat sambutan hangat seperti yang dijangka.

Buktinya, negara El Salvador yang sudah meluluskan penggunaan Bitcoin didapati gagal menarik perhatian para peniaga dalam negara selepas dilihat tidak mampu memberi impak besar bagi urusan penjualan.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat