Hanya Menggunakan 5 Bahan Semulajadi Boleh Hilangkan Stretch Mark Pada Badan


Stretch Mark merupakan garis-garis putih yang timbul diseluruh bahagian badan seperti paha, tangan, leher, punggung, dan bahagian perut. Stretch mark boleh terjadi pada siapa saja, baik pada golongan wanita maupun pada golongan lelaki. Biasanya masalah ini sering terjadi kepada wanita selepas bersalin. Selain itu, ia membelenggu golongan yang berdepan dengan masalah berat badan. Disini saya kongsikan beberapa cara untuk hilangkan stretch mark dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Berikut antara 5 cara untuk hilangkan stretch mark pada badan:

 

1-Minyak zaitun

Kandungan zat linoleic acid di dalam minyak zaitun membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak zaitun juga banyak mengandungi antioksidan yang disebut polifenol yang membantu meregenerasi kulit.

Untuk menghilangkan stretch mark, campurkan satu sudu madu bersama minyak zaitun. Sapukan pada bahagian tubuh yang bermasalah. Lakukan setiap hari, stretch mark akan berkurangan dan hilang perlahan-lahan.

2-Cocoa butter

Kandungan potasium, mangan dan vitamin E dalam cocoa butter membantu melembutkan dan melembapkan kulit. Ia juga mengurangkan masalah stretch mark. Sapu cocoa butter dua kali sehari pada kulit, hasilnya pasti membuatkan anda gembira.

3-Lulur coklat

Coklat bukan sahaja enak dimakan malah ia juga boleh merawat pelbagai masalah kulit. Oleskan lulur coklat pada tubuh dua kali seminggu. Biarkan lulur kering, kemudian bilas dengan air putih. Jika mahukan hasil yang lebih berkesan, gosok bahagian bermasalah dengan air perahan lemon.

4-Skrub kopi

Bagi menghilangkan selulit, sel kulit mati dan mengatasi stretch mark. Anda boleh cuba skrup tubuh dengan kopi. Ia membuatkan kulit lebih halus dan anjal. Di samping itu, parut-parut juga akan pudar dan hilang secara semula jadi.

5- Lidah buaya

Bagi menganjalkan kulit, sapukan lendir lidah buaya. Ia membantu menghilangkan stretch mark dan membuatkan kulit cerah serta lembap. Biarkan lendir lidah selama 15 minit pada bahagian bermasalah, kemudian bilas dengan air.

Bahan-bahan yang digunakan boleh untuk didapati di kedai atau pasaraya berdekatan. Anda boleh juga boleh ikuti cara-cara menggunakannya. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat