10 tips simple untuk pelajar Master/PhD

Sumber Rujukan : Dr Yazid Zul

Alang-alang buat Master/PhD, biarlah lulus bergaya. Dan biarlah seronok di sepanjang perjalanan tu. Berikut sedikit 10 tips simple untuk pelajar Master/PhD:

1-Belajar guna Turnitin

Turnitin ni boleh tolong kesan plagiat. Manalah tau kot-kot ada cut & paste dan lepas tu lupa pulak. Plagiat ni kesalahan serius dan boleh di hukum buang universiti. Pelajar master dan PhD boleh dapatkan password daripada supervisor.

2-Belajar guna Grammarly atau Paperrater.

Paperrater dan Grammarly ni gunanya ialah untuk betulkan grammar. Paperrater ni berbayar tapi Grammarly ni percuma pun ada.

3-Pergi conference

Pelajar Master dan PhD kena biasakan diri pergi conference. Bentang paper. Bagus untuk networking. Boleh kenal pakar dalam bidang masing-masing.

Kebiasaannya, lecturer atau supervisor ada research grant. Pertimbangkan untuk tulis artikel kemas-kemas dengan mereka. Kadang-kadang tu, boleh minta mereka sponsor cost guna research grant mereka.

4-Footnote/format/citation style konsisten.

Untuk jimat masa, ikut betul-betul citation style yang ditetapkan. Kalau nak bagus lagi, guna sistem macam Endnote. Automated system macam ni berguna banyak untuk automatic adjustment. Jimat masa.

5-Kenali priority references

Zaman ni material bersepah-sepah. Banyak. Kita kena tahu prioriti material. Mulakan dengan kenalpasti 10 orang paling pakar dalam tajuk tu. Rujuk penulisan mereka. Kenal pasti juga jurnal-jurnal utama dalam bidang tu. Untuk berita terkini, Google dan check juga berita-berita online.

6-Jangan putus cinta

Nak buat tesis, buat tesis betul-betul. Kalau sambil buat tesis, sambil tu jugak putus cinta dan sebagainya, semuanya akan ke laut.

Usah begitu. Nak lebih selamat, takyah bercinta. Habis study baru bercinta.

Bayangkan, kos buat PhD atau Master cecah ratus ribu, khususnya oversea. Kadang-kadang sampai setengah juta dan lebih. Kalau fail, kena bayar balik. Boleh bankrup tuh.

Dah la kena reject, bankrup pulak. Usah begitu.

7-Jangan sombong

Waktu buat PhD dulu, supervisor saya tu dekan bahagian Postgraduate. Dekat Hong Kong Universiti. Kat sana, pelajar dibenarkan hadir untuk untuk Oral Defense. Sebelum start dan diterima buat PhD, kena buat research proposal dan bentangkan dulu proposal kita. Kalau tak power, kena reject.

Pasal supervisor saya tu dekan, secara tak rasminya saya terpaksalah hadir ke semua pembentangan proposal pasal dia hadir. Kalau tak datang, nampak macam malas pulak, haha.

Jadi saya datang semua pembentangan proposal selama 4 tahun dekat Hong Kong tu. Dan kisah-kisah pelajar gagal PhD dan Master pun semuanya dalam tangan saya.

Ringkasannya, pelajar gagal bukan kerana mereka tak pandai. Biasanya, yang gagal ni ialah jenis yang terlajak pandai. Dah jadi pandai sangat, jadi angkuh pula. Untuk dapat PhD, kita tak perlu thesis yang sempurna. Kesempurnaan hanya milik tuhan. Untuk dapat PhD dan Master, apa yang penting ialah thesis yang memenuhi syarat MINIMA untuk lulus.

Syaratnya tak banyak sangat pun. Kena ada sumbangan yang original. Tak perlu sumbangan besar pun, janji ada. Pendek kata, bila pakar baca thesis kita, dia boleh faham dan rasa ada jugak la sumbangan.

Pakar pertama ialah supervisor kita. Dia tu orang lama dan pakar dalam bidang dia. Kalau dia suggest something tu, ikut jelah. Unless dia suruh buat sesuatu yang menyalahi agama, akur jelah.

Resepi utama gagal master dan PhD ialah bergaduh dengan supervisor. Kalau taat dengan supervisor, 90% dah lulus.

Sebabnya dia tu pakar. Kalau dia selaku pakar mengesahkan kita dah layak jadi doktor, biasanya examiner lain akan bagi muka dekat dia dan luluskan kita. Jadi nasihat dari supervisor tu, jadikan azimat dan ikut betul-betul.

Supervisor saya dulu, memang fit dan suka suruh saya bersukan. Dia pesan jangan obsess baca buku siang malam sebaliknya banyakkan bersukan dan buat aktiviti riadah yang lain sama. Padahal waktu tu saya memang fit dan berat sekitar 60 lebih saja. Kalau dia nampak saya yang dah berat 80 lebih sekarang, tentu dia flying kick, haha. Anyway, betul nasihat dia, amalkan cara hidup sihat dan banyakkan bersukan.

8-Jangan buat kerja lekeh-lekeh

Resepi untuk gagal Master dan PhD ialah buat benda lekeh-lekeh dan tak teratur. Dari awal patutnya buat timetable dan plan masa untuk setiap chapter dan tajuk. Ikut plan tu. Jangan menulis ikut mood saja. Setiap hari menulis dan membaca sekalipun tak banyak.

9-Buat backup

Material semua susun elok-elok dalam folder, dalam file. Save backup banyak-banyak.

Saya dulu buat backup dalam email, dalam komputer malah saya turut hantar draft thesis saya kepada bapa saya as backup. Padahal thesis saya pasal undang-undang sedangkan ayah saya pensyarah matematik, haha. Pening dia nak membacanya.

10—Relax.

Sebagai penutup, ingatlah markah hanyalah angka.

Mentor saya, bekas rektor Hong Kong Universiti selalu pesan, ‘Jangan nilai orang berdasarkan sijil pasal minat orang lain lain. Asalkan orang tu dah usaha sungguh sungguh, kita kena bangga dengan dia. ‘

Artikel ini ditulis oleh Dr Yazid Zul

Tonton video dibawah bagi mengetahui tips untuk pelajar Master/PhD:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat