10 Panduan Penting Dalam Memilih Syarikat Pengendali Pakej Umrah/Ziarah Yang Selamat


Melihat kepada penglibatan pengusaha-pengusaha serta pengendali Umrah yang begitu ramai dan terlalu ghairah dengan penjualan pakej-pakej Umrah, sememangnya usaha pemantauan hanya akan berkesan dan terurus sekiranya semua pengendali Umrah menggunakan satu sistem yang boleh diselaras dan dipantau secara langsung “live” dan terkini. Justeru, sistem ini dapat mengurangkan risiko yang dihadapi oleh masyarakat apabila berurusan dengan mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan dan menjalankan penipuan.

Kerjasama dan usaha yang dilaksanakan oleh KPK dan pihak-pihak yang berkepen ngan jelas menunjukkan komitmen nggi Kerajaan dalam memerangi isu penipuan pakej Umrah/Ziarah di Malaysia seterusnya melindungi kepen ngan umat Islam di negara ini. Demi menjayakan misi transformasi industri Umrah ini, Kerajaan memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuklah rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

10 Panduan Penting Dalam Memilih Syarikat Pengendali Pakej Umrah/Ziarah Yang Selamat

1. Berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan mempunyai bidang Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah (IOTU);

2. Menyemak nama syarikat sama ada mempunyai Lesen Khas Umrah melalui laman sesawang KPK iaitu www.motac.gov.my atau laman sesawang IMAMS iaitu www. Imams.com.my.

3. Memastikan Pegawai Pemasaran Umrah yang mempromosikan pakej Umrah mempunyai kad pengenalan Pegawai Pemasaran Umrah yang dikeluarkan oleh KPK serta boleh diimbas “QR code” bagi tujuan pengesahan status Pegawai Pemasaran tersebut sebelum berurusan.

4. Setiap pengendali Umrah yang berlesen dikehendaki mempamerkan nombor lesen KPK dan sijil Lesen Khas Umrah (LKU);

5. Pembayaran secara manual perlu dibuat terus kepada pengendali Umrah yang berlesen dan bukan melalui mana-mana agen yang dilan k oleh pengendali Umrah berlesen. Resit akan dikeluarkan serta-merta di atas nama jemaah oleh pengendali Umrah berlesen dengan menggunakan resit rasmi syarikat pengendali Umrah tersebut;

6. Bagi transaksi secara dalam talian, pembayaran hendaklah dimasukkan terus ke dalam akaun syarikat pengendali Umrah sendiri; dan

5. Harga minima pakej Umrah adalah RM4,900.00 bagi pakej ekonomi 12 hari 10 malam.

7. Membuat semakan supaya iklan pakej Umrah yang ditawarkan menyatakan dengan jelas nama dan taraf hotel, jarak hotel, insurans takaful, visa, syarikat penerbangan dan sebagainya.

8. Jangan terpengaruh dengan tawaran pakej-pakej murah dan tajaan Umrah di bawah harga RM 4,900.00. Harga minima pakej umrah yang telah ditetapkan oleh MKSU adalah RM4,900.00 bagi pakej standard 12 hari 10 malam. Pakej yang lebih rendah selalunya dak sempurna dan kebiasaannya mengandungi unsur-unsur penipuan.

9. Bagi transaksi secara dalam talian, pembayaran hendaklah terus dibuat kepada akaun syarikat pengendali Umrah.

10. Pastikan pakej yang ditawarkan adalah melipu perkara asas iaitu tiket penerbangan pergi/balik, tempat penginapan, makan/minum, bayaran visa, upah mutawwif, perjalanan darat dan syarikat pelancongan perlu menunaikan janji yang ditawarkan sebagaimana terdapat dalam iklan pakej umrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat