Izzah, Khalid Setuju Serbuan Dibuat ‘Pagi-pagi Buta’ Adalah Tidak Wajar
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Timbalan presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan turut bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah, pengarah komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad yang mengkritik serbuan yang diadakan sehingga lewat pagi di kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurusi Twitter Nurul Izzah, serbuan awal pagi yang dilakukan di rumahnya dahulu, beliau amat tidak bersetuju dengan situasi tersebut.
“Saya harus menekankan bahawa saya tidak setuju penggeledahan di mana-mana rumah pada pagi buta.
“Dakwa, siasat, cermat. Prinsip keadilan dan berhikmah sentiasa terpakai @PDRMsia,” menurusi twitter
Khalid Samad juga membalas kenyataan Nurul Izzah dan bersependapat dengan Timbalan presiden PKR dan menyatakan.
“Bagi menyelesaikan siasatan, lakukan pendakwaan. Tiada sebab untuk siasat sampai pukul 4 pagi. Saya pernah alaminya pada pukul 2.30 pagi,” katanya.