[VIDEO] Dakwa Pemandu Bas Memandu Dengan Laju & Bahaya, Sampai Lebih Awal Dari Jangkaan Buat Penumpang Ketakutan


Orang kata, sebagai pemandu kenderaan, nyawanya di hujung tanduk. Bukan sekadar pemandu sahaja malah penumpang juga tidak terkecuali. Disebabkan itu, sebagai pemandu kita disarankan dan dinasihati untuk memandu dengan berhemah dan selamat.

Dilarang sama sekali untuk memandu dalam keadaan merbahaya dan melebihi had kilometer yang telah ditetapkan. Lebih-lebih lagi bagi pemandu kenderaan bersaiz besar ataupun membawa penumpang yang ramai seperti pemandu bas.

Gambar sekadar hiasan

Dakwa Pemandu Bas Memandu Dengan Laju & Bahaya, Sampai Lebih Awal Dari Jangkaan Buat Penumpang Ketakutan

Walaupun begitu, masih ada pemandu bas yang tidak menghiraukan soal keselamatan ini. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang ibu di aplikasi TikTok yang dikenali dengan nama MommyJajan berkenaan dengan sikap pemandu bas yang memandu bas dalam keadaan merbahaya.

Menurut Mommy Jajan, anaknya merupakan salah seorang penumpang bas berkenaan. Disebabkan pemandu bas berkenaan memandu kenderaan dalam keadaan bahaya, anaknya yang pada ketika itu menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan(TBS) ke Tesco Kota Bharu berasa risau dan takut untuk melelapkan mata.

Menurut ibu ini lagi, bas berkenaan sampai 1 jam 32 minit lebih awal dari jangkaan masa yang sepatutnya. Bas berkenaan mula bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada jam 10 malam dan dijangka akan sampai pada 6.27 pagi namun sampai lebih awal iaitu pada jam 4.55 pagi.

Mengucap panjang..

Menerusi video tersebut juga, sempat dilihat bas berkenaan memotong di garisan berkembar. Mommy Jajan juga sempat menulis di dalam video berkenaan, “Mengucap panjang tengok video yang anak share ni. Sepanjang jalan dari TBS ke Tesco Kota Bharu anak tak tidur sebab risau sangat. Penumpang lain tengah tidur nyenyak waktu ni. Bayangkan macam mana berdebarnya jantung anak..”

Wanita ini juga sempat meluahkan rasa geram memandangkan penumpang bas tersebut terdiri dari semua golongan. Sama ada isteri orang, suami orang, anak orang dan tunangan orang.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas yang ditinggalkan oleh warganet. Ada yang menulis, dia pernah mengalami situasi yang lebih kurang sama malah lebih teruk lagi memandangkan perjalanan tersebut ke Perak dan melalui jalan Gerik.

“Tu baru TBS ke KB, dulu saya study Perak. Gerik tu dia buat macam tempat litar diaorang. Dengan lewat malam, dengan jurang dalam, sabar je la fikir nak cepat sampai je..” – MadamHana

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyarankan kalau naik bas Express jangan duduk di bahagian depan. Kalau boleh ambil tempat duduk belakang sekali.

“Kalau naik express jangan duk depan. Nak-nak yang jenis penakut dan cepat fikir negatif. Ambil seat last sekali..”

Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui dengan lebih jelas nama bas berkenaan dan berapakah kilometer per jam yang dibawa oleh pemandu bas berkenaan. Namun sebagai pemandu bas dan membawa penumpang, sepatutnya mereka tidak boleh memandu dalam keadaan laju dan berbahaya.

Lebih-lebih lagi perjalanan tersebut pada waktu malam. Walaupun cepat sampai adalah pilihan kebanyakan dari kita dan pastinya ada dalam kalangan kita yang tidak kisah jika pemandu memandu dengan laju. Akan tetapi, risiko untuk berlaku kejadian yang tidak diingini lebih tinggi jika memandu kenderaan dengan laju. Semoga pemandu bas berkenaan lebih berhati-hati selepas ini.

Kredit: Mommy Jajan

Baca juga:  Rakyat Rusia Lari & Cuba Memasuki Wilayah Georgia, Enggan Sertai Percerobohan Ke Atas Ukraine

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat