10 Laman Web Artis Malaysia Yang Terkenal, Anda Pasti Terkejut Siapa No.1


Artis-artis di Malaysia ini mempunyai pelbagai cara untuk berhubung dengan peminat-peminat mereka yang semestinya ingin mengetahui tentang kehidupan mereka. Cara yang paling senang untuk berhubung dengan peminat ialah melalui sosial media yang ada. Seperti, Facebook, Twitter dan juga Instagram adalah media sosial yang sering digunakan.

Selain daripada media sosial yang servis-nya percuma, ada juga artis-artis Malaysia yang sanggup untuk mengeluarkan wang mereka untuk membuat website yang servis-nya bukan percuma. Kebanyakan website artis-artis Malaysia adalah bertujuan untuk mempromosikan jenama-jenama mereka sendiri. Jadi bukan sebarang artis yang mampu untuk mempunyai website mereka sendiri.

Berikut merupakan 10 artis malaysia yang mempunyai website terkenal.

10. Hanis Zalikha (inibelogsaya)

Hanis Zalikha miliki ribuan pengikut setia www.inibelogsaya.blogspot.com. Selepas sekali bertandang tanpa jemputan, pasti anda akan ketagih untuk berkunjung lagi ke laman sesawang peribadi milik model sambilan, pelakon dan pelajar, Hanis Zalikha Zainal. Bukan sekadar mengisi masa lapang membaca kisah hidupnya, tetapi melalui blognya juga, pengunjung berpeluang mendapat manfaat melalui panduan dan juga berita terkini mengenai peraduan menerusi online dengan tawaran hadiah lumayan.

Walaubagaimanapun, artis yang pernah dicalonkan untuk kategori Best Celebrity Blog di Nuffnang Asia Pasific Blog Award sudah tidak aktif menulis blog nya membuatkan Hanis Zalikha berada di tangga ke-10 dalam senarai ini.

9. Nur Fazura (myhouseofdoll.com)

Nur Fazura merupakan pelakon, pengacara TV, model dan penyanyi. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil.

Myhouseofdoll.com merupakan website e-commerce untuk Nur Fazura menjual barang-barang di bawah jenama beliau. Selain daripada menjual baju dan tudung, Fazura juga mempunyai koleksi beg tangan dan juga perfume yang eksklusif.

8. Nora Danish (owlbynd.com)

Nora Danish binti Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish mula dikenali dengan aksi comel sejak memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri. Nora Danish telah melancarkan jenama tudung dan pakaian muslimahnya yang tersendiri iaitu Owl by Nora Danish.

Menurut Nora Danish simbol burung hantu dipilih sebagai logo jenamanya kerana haiwan ini mewakili unsur misteri, bijak, bersifat pemerhati dan pendiam. Selain tudung, OwlbyND juga mengetengahkan koleksi jubah seperti Jubah Sport, Jubah Tweed dan Jubah Palazzo.

7. Awal Ashaari & Scha Alyahya (schawal.com)

Awal Ashaari dan Scha Alyahya adalah pasangan selebriti yang tidak asing lagi di Malaysia ini. Berkahwin pada 4 Mei 2012 majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan di ijabkabul sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya.

Pasangan yang lebih dekenali sebagai Schwal ini juga mempunyai jenama mereka sendiri. Antara koleksi yang ada ialah perfume, beg tangan, baju lelaki dan juga perempuan. Selepas kehadiran cahaya mata mereka Lara Alana, mereka juga mempunyai koleksi baju kanak-kanak.

6. Rozita Che Wan (byrcw.my)

Rozita Che Wan atau Che Ta  ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari.

Memiliki 3.2 juta pengikut di instagaram, membuatkan Rozita Che Wan ingin menceburi bidang bisnes dengan menjual produk-produk penjagaan wanita dan juga minyak wangi jenama sendiri. Selain daripada promosi di media sosial, Rozita Che Wan juga mempunyai website untuk mempromosikan produk beliau.

5. Yuna (yunamusic.com)

Yunalis binti Mat Zarai atau Yuna merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu wanita Malaysia. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik sekaligus mengetengahkan muzik rock indie.

Yuna juga yang sudah berjaya menembusi pasaran antarabangsa mempunyai website yang tersendiri. Berbeza dengan website artis-artis Malaysia lain yang mempromosikan jenama pakaian masing-masing, yuna menggunakan website-nya untuk memberitahu peminat-peminat tentang perkembangan seni beliau. Anda juga boleh mendengar lagu-lagu baru Yuna di website beliau.

4. Neelofa (naelofarhijab.com)

Dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik Neelofa atau Noor Neelofa binti Mohd Noor telah terpilih sebagai antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes dan ia merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan biarpun usianya dalam dunia perniagaan masih mentah.

Beliau dikhabarkan telah menjadi jutawan disebabkan kejayaannya dalam perniagaan terutama jenama tudungnya yang sangat popular di kalangan wanita Malaysia menggunakan naelofarhijab.com sebagai medium untuk beliau mempromosikan produknya.

3. Fizo Omar (fizoomar.com)

Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis Fizo Omar merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mempunyai darah campuran Melayu, Siam dan Arab.

Bermula dengan perniagaan serunding daging, Fizo Omar, kini giat mengembangkan perniagaannya dengan menjual produk yang berlainan. Sejak beberapa bulan lalu, Fizo tampil memperkenalkan perniagaan penjualan burger menerusi, Hot Burger. Beliau membuka perniagaan ini untuk menarik minat belia menceburi bidang perniagaan.

Melalui website fizoomar.com beliau berkongsi tip-tip untuk berjaya dalam perniagaan. Selain itu, beliau juga turut mengadakan seminar-seminar untuk berkongsi pengalamanya dalam perniagaan khususnya untuk para belia dan anak muda. Anda juga boleh ikuti perkembangan beliau di sini.

2. Datuk Rosyam Nor (rosyam.com)

 

Siapa yang tidak kenal dengan hero malaya ini?  Tetapi, tidak ramai tahu beliau sebenarnya seorang yang obses kepada bidang pertanian dan telah menceburinya sejak sekian lama dan mengharungi jerih perih sebagai usahawan tani.

Sebagai seorang pelakon dan juga peladang berjaya, beliau diangkat menjadi ikon kepada golongan muda terutama bumiputera untuk lebih berjaya dalam bidang pertanian.

Rosyam yang terlibat dalam projek tanaman nangka dan durian belanda di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, Pahang. Website rosyam.com adalah media untuk Datuk Rosyam Nor mempromosikan produk-produk kesihatan berasakan durian belanda. Anda juga boleh melihat produk keluaran beliau di sini.

1. Dato’ Siti Nurhaliza (simplysiti.com)

Mempunyai 4 juta pengikut di Instagram sudah cukup untuk mengambarkan betapa besar nya populariti dan pengaruh beliau dalam bidang industri hiburan di Malaysia ini.

Namun, kemasyhuran nama Siti Nurhaliza bukanlah tiket pantas untuk menjayakan keyakinan umum terhadap SimplySiti. Beliau mengakui, taraf selebriti yang dimilikinya tidak boleh menjadi jalan pintas kerana pada akhirnya, pengguna akan mengambil kira tahap kualiti produknya.

Pada 30 Mac 2010, beliau melancarkan jenama produk kecantikan dan kosmetik SimplySiti. Produk-produknya menjalani penyelidikan dan pembangunan di Korea, serta diterapkan nanoteknologi sebelum menerima kelulusan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tak sampai dua bulan selepas pelancarannya, SimplySiti dinobatkan sebagai “The Best Halal Product” dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.

Simplysiti.com.my merupakan website e-commerce untuk Dato’ Siti mempromosikan produk-produk kosmetik di bawah label beliau. Selain daripada alat kosmetik, Simplysiti juga mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit dan koleksi minyak wangi yang eksklusif. Anda juga boleh melihat koleksi yang lain di sini. 

Laman Web Simplysiti, Rosyam, Fizo Omar ini dibangunkan oleh team AplikasiNiaga.com, yang berpengalaman sejak 2010 dan telah membina lebih 500 website serta menguruskan lebih 30 website pelanggan mereka yang rata ratanya merupakan Market Leader dalam industri masing masing.

Jika anda ingin mencari web design dan programmer yang sesuai untuk website anda, sila hubungi mereka di sini: https://aplikasiniaga.com/hubungi/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat