MEMO KEPADA SEMUA KAKITANGAN : Waktu Lunch Pun Boleh Buat Macam Ini?
MEMO KEPADA SEMUA KAKITANGAN SYARIKAT
Staf sekalian,
Perhatian kepada semua staf. Berkuatkuasa pada tahun 2015, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staf. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:
1. Pengakutan
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada Proton atau Perodua, kami mengandaikan anda telah berada di ‘level’ yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
2. Cuti Tahunan
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari Sabtu dan Ahad.
3. Waktu Lunch
- Staf yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
- Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
- Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
4. Cuti Sakit
Mulai 2015 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari doktor. Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
5. Penggunaan Tandas
Kami mendapat aduan ramai staf yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2015 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan ‘stuck’, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di ‘notis board’ di bawah korum ‘Staf Sembelit’.
6. Pembedahan
Selagi anda menjadi staf di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
7. Penggunaan Internet
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mel, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staf di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.