Kenali Dato’ Haji Khairul: Usahawan Kelantan Yang Berjaya Dalam Bidang Automotif


Dato’ Hj Kisham@Khairul Bin Dato’ Hj Othman merupakan usahawan yang amat tersohor di Kelantan. Ini terbukti melalui kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh beliau dalam bidang automatif dan pengiktirafan yang diberikan oleh pengeluar kereta seperti Toyota, Mitsubishi dan pengedar kereta dari Jepun, UK serta Afrika.

thumb_DSC_0282_1024

Selain itu, beliau juga diiktiraf oleh Persatuan Kereta Import Malaysia (PEKEMA) dan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai usahawan automatif yang berjaya.

Bermula sebagai jurujual pada tahun 1988, beliau mempelajari selok belok perniagaan kereta dengan kereta terpakai dan seterusnya kereta import.

Dengan minat yang mendalam dalam bidang automatif serta mempunyai interpersonal skill yang tinggi, beliau diiktiraf sebagai jurujual yang terbaik dan seterusnya diberi kepercayaan untuk menguruskan Aman Razak Auto Sdn Bhd sebagai Pengarah Urusan pada tahun 1993.

pekema

Tugas menguruskan sebuah syarikat automatif yang baru berkembang tidak mudah, apatah lagi ketika Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997-1998. Setelah hampir 5 tahun, pasaran automatif pulih sepenuhnya dari kegawatan ekonomi yang melanda. Dalam tempoh kegawatan ekonomi, jualan kereta import jatuh teruk dan ramai usahawan automatif bankrap serta gulung tikar.

12790889_825977817530784_1708812892952519172_n

Atas kebijaksanaan Dato’ Hj Khairul, beliau mengubah strategi perniagaan yang ada dengan memfokuskan pada jualan kereta terpakai sahaja. Langkah ini terbukti berjaya menyelamatkan syarikat seterusnya mengembangkan perniagaan dengan mendapat hak pengedaran untuk jenama Proton, Toyota manakala Mitsubishi dan Suzuki pula menyediakan servis 3S iaitu jualan, perkhidmatan dan alat alat ganti (sales, service, sparepart).

thumb_DSC_0402_1024

Dato’ Haji Khairul berbincang dengan kakitangan beliau iaitu En Azhar, Pengurus Syarikat Mayazia Sdn Bhd dan En Hafiz, Pengurus Aman Razak Motorsports Sdn Bhd.

Didorong oleh minat sejak kecil lagi dan berbekalkan motivasi yang tinggi, Dato’ Hj Khairul mengambilalih perniagaan iaitu Syarikat Mayazia Sdn Bhd pada tahun 2012.

Bermula dengan 6 orang staff dan sebuah showroom, perniagaan beliau berkembang dengan pantas serta membuka tiga showroom kereta import iaitu dua di Kota Bharu serta satu lagi di Autocity Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Februari 2015 dan menyimpan stock sehingga 100 buah kereta import dalam satu-satu masa.

DHKK

Hi Tea Superbike Kelantan pada 16hb April 2016 di showroom Syarikat Mayazia.

Berbekalkan pengalaman lebih 27 tahun dalam perniagaan automatif, beliau juga telah membuka Syarikat Mayazia Auto Sdn Bhd. iaitu perniagaan membeli dan menjual kereta terpakai bagi memastikan kemudahan untuk pelanggan kereta import menjual kereta lama mereka secara trade in.

Syarikat Mayazia Sdn Bhd juga memiliki bengkel kereta Aman Indah Autocare Sdn Bhd dengan lapan orang mekanik yang terlatih. Ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan secara terus kepada pelanggan dan memastikan pelanggan Syarikat Mayazia mendapat warranty yang lebih lama iaitu maksimum sehingga 2 tahun. Tempoh 2 tahun warranty ini jarang ditawarkan oleh pengeluar kereta import yang lain.

400561_222406281221277_1910741364_n

Dengan kelebihan tersebut, jualan kereta meningkat setiap tahun serta jenama Syarikat Mayazia semakin dikenali bukan sahaja di Kelantan, malah ada pelanggan yang datang dari seluruh Malaysia kerana tertarik dan yakin pada reputasi syarikat.

Sehingga hari ini, syarikat bersekutu yang dimiliki oleh beliau mempunyai seramai 150 orang staff.

img_3697

Kejayaan demi kejayaan tidak melekakan Dato’ Hj Khairul untuk melebarkan lagi perniagaan beliau dengan membuka cawangan Syarikat Mayazia Sdn Bhd di Terengganu serta berhasrat untuk membuka perniagaan motorsikal berkuasa tinggi di Kelantan.

Terkini, Dato’ Haji Khairul berjaya mendapat hak pengedaran 3S bagi jenama Subaru dan beliau merupakan satu satunya pengedar Subaru di Pantai Timur.

thumb_DSC_0355_1024

Dato’ Haji Khairul bersama keluarga semasa Majlis Perasmian Subaru Cawangan Kota Bharu

 

Lokasi Showroom & Bengkel

Showroom Syarikat Mayazia Sdn Bhd

Kota Bharu 1 @ Headquarters (HQ)
Lot 568, Jalan Long Yunus,
15200Kota Bharu, Kelantan.
Tel: +609-743 1111/+609-743 3211
Faks: +609-743 2222

Kota Bharu 2
Lot 4133 & 4134, Jalan Long Yunus,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: +609-744 5111/+609-744 9111
Faks: +609-743 6111

Kuala Lumpur
Lot 4426 (Lot D), Jalan Klang Lama,
Batu 4 1/2,
58000 Kuala Lumpur.
Tel: +603-7986 0102/+603-7986 0109
Faks: +603-7986 0100

Associate Companies

Mayazia Auto Sdn. Bhd. (Jual Beli Kereta Terpakai)
Lot 1483 A, B & C
Jalan Long Yunus,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: +609-743 4111
Faks: +609-743 0111

Aman Razak (M) Sdn. Bhd. (Dealer Toyota) 
Lot 1136, Seksyen 54,
Jalan Pasir Puteh, Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: +609-764 5000
Faks: +609-764 8000

Aman Razak Motorsport Sdn. Bhd. (Dealer Subaru)
Lot 2959, Jalan Long Yunus,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: +609-744 3311/+609-743 3311
Faks: +609-748 0311

Aman Razak Cartrade Sdn. Bhd. (Dealer Mitsubishi)
Lot 2955-C, Jalan Long Yunus,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: +609-741 9898
Faks: +609-741 9896

Bengkel & Servis

Aman Indah Autocare Sdn. Bhd. (Kota Bharu)
No. 869, Jalan Long Yunus,
Off Jalan Hospital,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: +609-748 7831/+609-743 7471
Faks: +609-744 8359

 

p/s: Maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi syarikat di http://mayazia.com.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat