Terkini: Rumah Najib Didatangi Beberapa Kereta Polis, Dan Membawa Keluar Sejumlah Kotak

Sumber Rujukan : Mstar

Lebih 15 kereta polis dan sebuah trak polis tiba di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di ibu negara pada Rabu malam.

Menerusi satu video Bernama melaporkan bahawa pada 8.18 malam, sebuah kereta Toyota Vellfire yang dipercayai dinaiki oleh Najib keluar dari kediaman rumah terbabit untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur melalui akaun Twitter Najib Razak,  sebelum pulang semula pada jam 9.53 malam.

Trak polis dilihat memasuki kawasan kediaman terbabit sebelum membawa keluar beberapa kotak dokumen dari rumah berkenaan.

Dipercayai kotak-kotak terbabit mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan 1MDB yang sedang dalam siasatan kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat