Pengalaman Saya Sepanjang 3 Tahun Lebih Dalam Perniagaan
Memulakan perniagaan adalah bukanlah senang untuk bagi yang baru ingin memulakan tetapi jika mempunyai semangat dan usaha tanpa penat dan lelah maka kesusahan itu akan menjadi pengalaman untuk berniaga yang tidak dapat dijual beli.
- Saya bayar gaji 1hb, dua kali kena, ambik gaji full 1hb dan blah terus tinggalkan kedai. Alasan, segan nak bagitahu nak berhenti. Jadi sekarang saya bayar gaji dua kali.
- Beberapa kali tutup kedai pada permulaan perniagaan sebab emergency leave tak bagitau. Masa tu tukang masak seorang.
- Masak lebih untuk awek ambik order siap2 tapi caj harga biasa jual ikut pintu belakang
- Berhenti tak bagi notis, pegi pejabat buruh suruh serbu konon saya buat salah, sekali pejabat buruh ikut kehendak saya nak potong duit dia.
- Masak ikut resepi sukahati sebab malas nak buat kerja ikut sop.
- Kata pernah jadi head chef, tapi masuk kerja tak reti masak apa pun. Marinate pun boleh salah.
- Ambik makanan dan kenduri sesuka hati dalam kitchen.
- Suka hati datang lewat lambat atas pelbagai alasan dan kadang2 tak bagi alasan pun.
- Suka hati datang dan pergi kerja tanpa notis sebab alasan tak munasabah. Contact pun tak pernah dapat.
- Hasut menghasut serta dengki mendengki antara satu sama lain sampai ada yang berhenti.
- Main fon sambil masak. Main fon lagi banyak dari masak.
- Order barang tak kisah pun barang sampai atau tak. Malas fikir nak feedback sebab bukan barang aku pun masa wastage.
- Yang paling best, dah interview dah dapt kerja, pastu tak muncul tiba. Lepas dua tiga bulan apply lagi. Misi mencari gaji tertinggi tapi kerja hampeh.
- Attitude bagus, kehadiran bagus tapi masak tak sedap. Ajarlah macam mana pun. Ini lagi stress nak handle.
- Ambik dadah. Ambik gaji hilang seminggu. Hari2 nak advance rm10. Dapat tahu terus dah berhentikan. Tapi nak kena iklan hire lagi lah?
Ramai yang fikir peniaga kedai makan banyak untung. Sebenarnya sekrang bukan macam dulu dah. Profit hanya antara 10-20% maksimum. Sebab tu ramai yang tak boleh tahan. Saya pernah tengok peniaga tutup kedai sebab masalah pekerja.
Bukan tak nak bagi gaji tinggi, tapi gaji kena selaras dengan jualan. Tak mampu sebenarnya kedai2 kecil nak bayar gaji 2.5k-3.5k kepada 4org kalau kerja tak berkualiti dan sale kedai tak kemana sangat.
Berniaga ni bukan semua orang kejar duit semata2. Tapi amalan sunnah yang dituntut. Keberkatannya tinggi bila kita bayar gaji. Tapi memang kualiti sikap pekerja tempatan perlu dikaji perlu diamati sebelum undang2 dibuat.
Tak adil bila pekerja tak dibenarkan masuk Malaysia dari luar tapi pekerja dibenarkan keluar. Bila kepakaran kurang di dalam, industri besar akan dapat yang berkualiti, kenalah fikir sme yang bercakar2 nak hidup ni.
Jangan terus fitnah orang nak fikir duit sahaja. Sedangkan kita kerja macamlah tak fikir nak gaji sahaja.. semua orang ada cabaran dan halangan masing2 untuk capai target kehidupan mereka. Cara betul nak kurangkan pekerja asing? Ambush ja kedai tomyam tepi jalan yang ownernya bukan malaysian! Situ sebenarnya yang banyak aliran wang keluar. Ambush juga kilang2. Cari pekerja biasa yang senang nak replace tanpa keperluan kepakaran. Contohnya pekerja kilang dan tukang cuci. Masalahnya ada ke anak2 adik2 kita yang nak kerja cleaner? Tapi kalau suruh masak diorang nak ke main api dan hadir kerja tanpa alasan pelik2 nak bercuti?
Bayangkan semua ni bila kedai sendu weekday, dan hanya ramai masa weekend dan public holiday. Macam mana nak mampu bayar double triple pay? OT? Annual Leave? Dan kalau harga tinggi bukan main peniaga kena viral siap konon nak kaya laju pegi mekah.
Apapun alhamdulillah. Kami masih dapat chef melayu dan kami cuba kekalkan yang bersolat sahaja. Saya dapatkan nasihat dari pejabat tenaga buruh macam mana nak compliment benefits. Allah masih lindungi perniagaan kami dan resepi utama masih kami dapat kekalkan.. Alhamdulillah masih ada satu dua yang baik menyejukkan hati dan membolehkan kami terus berniaga. Kami masih kuat dan tabah bertukar2 chef walaupun dah penat nak interview sebenarnya.. macam kes terbaru, ambik dadah.
Yang main ketum, tindik telinga, kuat bebai, kaki hasut, pencuri, penipu, penting diri dan tak ada disiplin kami bagi kat hangpa, hangpa try run kedai makan mau kah?