Ketahui 5 Punca Kandungan Kolestrol yang Berlebihan Didalam Badan Anda
Kolestrol merupakan sejenis bahan lembut dan berminyak yang penting untuk badan menghasilkan sel. Namun ia boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah. Lama kelamaan akan menyebabkan serangan jantung berlaku akibat salur darah yang tersumbat jika pengumpulan kolestrol yang berlebihan dibiarkan.
Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia. Namun, kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan. Pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala sangat digalakkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.
Punca kolestrol tinggi
1. Gaya Pemakanan
Gaya pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan kolestrol tinggi berlaku. Pengambilan makanan yang tidak mengikut piramid makanan yang seimbang menjadikan seseorang itu mengambil kolestrol dengan jumlah yang berlebihan.
Gaya hidup yang tidak sihat seperti ini memberi kesan yang lebih buruk kepada seseorang individu tersebut. Antara makanan yang boleh menyebabkan tinggi kolesterol ialah: mentega, makanan bergoreng, kuning telur, telur puyuh, sotong, udang, ketam, belut dan susu penuh lemak/krim.
2. Faktor keturunan
Bagi seseorang yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi masalah tingginya kolestrol juga haruslah berjaga jaga. Hal ini menunjukkan peratusan seseorang individu itu mempunyai penyakit seperti ini adalah tinggi.
3. Kurang senaman
Seseorang yang mempunyai kolestrol yang tinggi seperti ini, kurang membuat aktiviti-aktiviti yang boleh membakar lemak di badan mereka. Mereka lebih gemar untuk menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak mengeluarkan penat dan peluh dari diri mereka.
4. Mempunyai berat badan berlebihan
Apabila berat badan mempengaruhi gaya hidup seseorang mereka lebih impulsi dalam melakukan tugasan atau kerja hanya mengikut daya mampu mereka sahaja. Mereka ini juga cenderung memiliki kolestrol yang berlebihan.
5. Faktor usia
Usia juga mempengaruhi peningkatan kolestrol di dalam badan seseorang individu itu. Apabila seseorang individu semakain meningkat usia, metabolisme tubuh mereka akan semakin menurun dan menyebabkan situasi kolestrol meningkat ini berlaku.
Tanda-tanda kolestrol tinggi
Tanda tanda seseorang mempunyai kolestrol yang tinggi tidak dapat dinyatakan secara terperinci kerana ia berubah-ubah mengikut peringkat umur seseorang yang memiliki kolestrol tinggi tersebut. Tahap kolestrol boleh diperiksa di klinik-klinik yang berdekatan untuk kepastian yang lebih jitu.
Namun, tanda-tanda kecil seperti ini mungkin boleh dikaitkan dengan mempunyai masalah kolestrol tersebut:
- Kaki kebas dan sering rasa sejuk
- Kaki kejang pada waktu malam
- Perubahan pada struktur kuku, kuku jadi tebal dan lambat tumbuh
- Luka lambat sembuh (diabetes)
- Kerap cirit-birit
- Badan sering lesu dan sentiasa migrain
- Kulit lebam-lebam biasanya di leher, perut, lengan dan kaki
Cara menurunkan kolestrol
Bagi anda yang memiliki kolestrol yang tinggi, cara mudah untuk menurunkan kandungan kolestrol adalah dengan memakan buah buahan yang mempunyai nilai antioksidan yang tinggi seperti anggur dan jambu merah. Ia boleh membantu menurunkan kandungan kolestrol secara semulajadi. Anda juga boleh mencari sayur sayuran yang mengandungi serta yang tinggi untuk menurunkan kandungan kolestrol seperti brokoli.
Jagalah diri anda dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sentiasa setkan waktu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menjana kecerdasan badan serta minda.
Makan makanan yang mengandungi zat vitamin yang sihat untuk membantu badan membina sel-sel yang telah mati dan menjadikan badan sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas.